Sertai Temuduga Terbuka RapidKL Prasarana Dengan Kelayakan Minima SRP/ PMR/ PT3
Prasarana Malaysia Berhad atau dikenali sebagai Prasarana merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September 1998 untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia. Salah satu pengangkutan awam di bawah Prasarana adalah RapidKL. RapidKL kini membuka peluang jawatan sebagai Kapten Bas buat orang ramai melalui temuduga terbuka.
Anda berminat nak bina kerjaya bersama RapidKL Prasarana? RapidKL akan mengadakan temuduga terbuka tidak lama lagi dengan menawarkan jawatan sebagai Kapten Bas buat warganegara Malaysia. Dengan kelayakan minima PMR/ SRP/ PT3 atau setaraf sahaja anda layak untuk mohon jawatan ditawarkan!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut temuduga terbuka jawatan ditawarkan dan panduan ikuti temuduga.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Permohonan dibuka kepada individu yang memenuhi syarat permohonan berikut:
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin tetap
- 21 tahun hingga 50 tahun
- Tinggi minima 154cm
- Lesen D lebih dari 3 tahun
- Lesen E & PSV
- Minima SRP/ PMR/ PT3 (untuk pemegang lesen D)
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda bawa bersama dokumen-dokumen berikut (ASAL & SALINAN) semasa hadir temuduga:
- Kad pengenalan
- Lesen memandu
- Sijil memandu
- Sijil akademik
- 1 keping gambar berukuran passport
MAKLUMAT TEMUDUGA TERBUKA
Sekiranya anda berminat untuk mohon jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh hadir ke temuduga terbuka bersama dokumen dinyatakan di atas pada:
- Tarikh: 31 Mac 2022 (Khamis)
- Masa: 9.30 pagi hingga 4 petang
- Lokasi: Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan, Lot 1449, Jalan KB 2/15, Kampung Baru Balakong, 43300 Seri Kembang, Selangor
Setiap pemohon yang datang untuk menghadiri temuduga terbuka perlulah melakukan Ujian Saringan Saliva dan membawa keputusan Ujian Kendiri Pada hari temuduga tersebut sebagai rujukan. Sila catitkan nama, tarikh dan masa pada test kit seperti di gambar.