Tawaran Temuduga Terbuka Pos Malaysia Terbuka Buat Lepasan Sekolah & Graduan Pelbagai Bidang

Pos Aviation Sdn. Bhd. (PASB), anak syarikat milik penuh Pos Malaysia Berhad merupakan penyedia perkhidmatan darat penerbangan bertaraf dunia yang menawarkan pengendalian darat, katering dalam penerbangan dan perkhidmatan penyelenggaraan dan kejuruteraan pesawat kepada syarikat penerbangan komersial antarabangsa.

Anda berminat nak bina kerjaya bersama Pos Aviation Sdn. Bhd.?  PASB akan mengadakan temuduga terbuka tidak lama lagi dengan menawarkan pelbagai kekosongan jawatan yang menarik buat warganegara Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran temuduga terbuka dan syarat kelayakan calon yang ingin mohon.

JAWATAN DITAWARKAN

Pos Aviation Sdn Bhd mencari calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

  • Ramp Services Assistant (Non-executive)
  • Cargo Service Assistant (Non- executive)
  • Cargo Document Assistant (Non-executive)

KELEBIHAN DITAWARKAN

Antara kelebihan jawatan yang ditawarkan melalui temuduga terbuka POS Malaysia adalah:

  • Jawatan tetap
  • Mempunyai caruman KWSP, PERKESO
  • Pakaian seragam, insuran dan manfaat kesihatan
  • Gaji pokok + Elaun: RM1,650++ dengan kelebihan lain

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Kelayakan minimum SPM/ STPM/ SKM atau Diploma dalam sebarang bidang
  • Lelaki dan perempuan (Document Service Assistant sahaja)
  • Berumur diantara 19 hingga 35 tahun
  • Memiliiki lesen memandu kelas D yang sah (tempoh percubaan “P’ TIDAK LAYAK MEMOHON)
  • Wajib lengkap 2 dos vaksinasi Covid-19
  • Boleh bekerja shift dan lebih masa
  • Tiada rekod jenayah

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda hadir ke temuduga terbuka bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Resume/ CV terkini
  • Salinan fotostat & original Sijil-sijil persekolahan (SPM termasuk Sijil Berhenti Sekolah)
  • Salinan Kad Pengenalan dan lesen memandu

MAKLUMAT TEMUDUGA TERBUKA

Sekiranya anda berminat untuk mohon jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh hadir ke temuduga terbuka bersama dokumen dinyatakan di atas pada:

  • Tarikh: 28 Mac 2022 (Isnin)
  • Masa: 9 pagi – 12 tengahari
  • Lokasi: Lot 308, Level 3, Mezzanine Floor, Penang International Airport, 11900 Bayan Lepas, Penang.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan temuduga terbuka ini, anda boleh hubungi POS Malaysia di talian 03 6401107.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma