Tarikh Temuduga Lantikan Tetap Guru Bagi Calon Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tajaan KPM
Perhatian buat calon yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tamat pada tahun 2021! Untuk makluman anda, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temuduga tidak lama lagi.
Urusan temuduga yang akan dilaksanakan adalah bagi lantikan tetap ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi calon yang merupakan graduan ISMP tajaan KPM yang telah bergraduat pada tahun 2021.
Calon yang terlibat diminta untuk mendaftar & mengemaskini maklumat di MySPP.
Isi Kandungan
CALON TERLIBAT
Calon yang akan terlibat urusan temuduga bagi lantikan tetap jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 seperti yang dimaklumkan adalah:
- Graduan ISMP tajaan KPM yang bergraduat pada tahun 2021
TARIKH AKHIR DAFTAR & KEMASKINI MAKLUMAT
Calon yang terlibat dalam urusan dinyatakan di atas diingiatkan untuk mendaftar atau mengemaskini maklumat di MySPP selewat-lewatnya pada:
- Tarikh akhir daftar dan kemaskini: 17 Mei 2022 (Selasa)
CARA DAFTAR & KEMASKINI MAKLUMAT
Bagi graduan yang belum pernah membuat pendaftaran dan permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui laman MySPP boleh buat pendaftaran sebelum mohon terlebih dahulu. Pendaftaran MySPP boleh dibuat dengan ikut panduan di bawah:
Graduan yang pernah daftar akaun MySPP diminta untuk kemaskini maklumat permohonan jawatan melalui laman MySPP dalam tempoh ditetapkan. Pengemaskinian maklumat permohonan jawatan boleh dibuat dengan ikut panduan berikut:
PANDUAN KEMASKINI PERMOHONAN MYSPP
TARIKH HEBAHAN PANGGILAN TEMUDUGA
Seperti yang diminaklumkan, hebahan panggilan temuduga adalah pada:
- Selewat-lewatnya awal Jun 2022
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan urusan temuduga jawatan dan pengambilan, anda boleh hubungi talian 03 8893 4019 atau 03 8893 4020.