Lebih 300 Peluang Kerja Di Temuduga Online Dengan Agensi Pekerjaan Swasta. Daftar Sekarang
Ibu pejabat Sistem Insurans Pekerja (SIP) akan menganjurkan satu program Temu Duga Dalam Talian dengan kerjasama Agensi Pekerjaan Swasta yang akan berlangsung pada 13 Januari 2022 secara atas talian. Temuduga ini melibatkan pelbagai majikan yang menawarkan lebih kurang 348 jawatan kosong kategori eksekutif.
Temuduga online yang akan dilaksanakan ini adalah melibatkan tawaran jawatan kosong bagi kategori Eksekutif. Jangan lepaskan peluang ini! Pastikan anda buat pra-pendaftaran sebelum hari temuduga
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut temuduga yang dilaksanakan dan cara buat pendaftaran.
Isi Kandungan
MAKLUMAT TEMUDUGA
- Nama program: Temu Duga Dalam Talian Dengan Kerjasama Agensi Pekerjaan Swasta
- Anjuran: Kementerian Sumber Manusia Dan Perkeso Johor
- Tarikh temuduga: 13 Januari 2022
- Masa: 10 pagi hingga 3 petang
- Medium: Cisco Webex
MAJIKAN TERLIBAT
Antara majikan yang terlibat adalah:
SENARAI JAWATAN YANG DITAWARKAN
Semak senarai jawatan yang ditawarkan oleh semua majikan di bawah:
CARA DAFTAR
Individu yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan dan ingin sertai temuduga online boleh buat pendaftaran sekarang di laman berikut:
Pra-Pendaftaran ini bertujuan untuk penyediaan jemputan Temu Duga sekiranya calon disenarai pendek (shortlisted). Oleh yang demikian, calon-calon perlu memastikan emel dan nombor telefon yang diisi adalah tepat.
Calon-calon hendaklah terlebih dahulu memilih Agensi yang calon kehendaki untuk sertai Temu Duga. Seterusnya, calon hendaklah mencatat/membuat nota sendiri bagi jawatan yang ingin dipohon oleh calon, bagi tujuan kegunaan pada sesi Temu Duga nanti.
Jemputan Temu Duga akan dihantar melalui emel yang diiisi oleh calon sebelum tarikh temuduga, oleh yang demikian, minta calon untuk alert dengan emel yang dihantar oleh pihak PERKESO.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian berikut:
- Puan Idayu: 019625 4234