55+ Contoh Soalan Temuduga Guru Interim Yang Boleh Dijadikan Rujukan Untuk Temuduga SPP

Sebenarnya dalam menghadapi apa-apa jenis temuduga pun, kunci untuk anda lulus temuduga adalah ‘bersedia’. Tidak perlu hafal soalan pun untuk menghadapi temuduga kerana soalan-soalan yang bakal ditanya mungkin tidak akan dijangka. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah membuat persediaan sebelum menghadapi temuduga sebenar.

Salah satu persediaan yang boleh dilakukan sebelum hari temuduga tiba adalah ambil tahu contoh-contoh soalan yang biasa ditanya dalam temuduga yang berkaitan dengan jawatan yang diminta. Dengan contoh soalan yang anda kaji, anda boleh buat persediaan dari segi pengetahuan dan jawatan yang akan diberi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui contoh-contoh soalan temuduga bagi jawatan Guru Interim yang boleh anda rujuk sebagai persediaan.

Baca: Cara Mohon Pengambilan Khas Guru KPM – 18,702 Dibuka

CONTOH SOALAN TEMUDUGA GURU INTERIM

Antara contoh soalan temuduga Guru Interim yang biasa ditanya adalah:

  1. Macam mana nak hadapi situasi bebanan kerja terhadap guru bertambah?
  2. Apakah punca berlaku buli di kalangan pelajar sekolah? Cadangkan cara selesaikan masalah tersebut
  3. Murid tercenderung ke arah belajar di kelas tuisyen untuk tambah ilmu. Adakah anda sudi jadi guru tuisyen jika perlu? Mengapa?
  4. Berikan sebab kenapa anda buat permohonan untuk jadi guru?
  5. Apa kelebihan yang dapat diperoleh jika mengajar subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris?
  6. Bero pro & kontra dalam penggunaan ICT pada masa kini di sekolah
  7. Kenapa kerajaan lebih memperkasakan sekolah kebangsaan (national school)
  8. Sebagai guru, apa tanggungjawab anda terhadap masyarakat sekeliling.
  9. Tekanan/stress di sekolah terhadap guru amat membimbangkan. Apa punca menyebabkan guru stress? bagaimana cara untuk atasinya?
  10. Apakah konsep yang dimaksudkan dengan sekolah cemerlang?
  11. Sejauh mana anda tahu sekolah Integrasi? Tujuan?
  12. Adakah kamu pernah terlibat dengan Program Latihan Khidmat Negara? Apakah tujuan itu?
  13. Apa beza KBSR dan KSSR?
  14. Huraikan perkara penting dalam FPK
  15. Nyatakan 5 prinsip dalam rukun negara
  16. Huraikan Matlamat Wawasan 2020
  17. Jika anda diminta mengajar di kawasan pendalaman, bagaimana anda menghadapi masalah kehidupan di sana?
  18. Bagaimana anda meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
  19. Mengapa perlu pembelajaran sepanjang hayat?
  20. Apa pendapat anda tentang GST? Bagus atau tidak?
  21. Bagaimana menjadi seorang guru yang dihormati dan disanjungi?
  22. Apakah objektif utama perayaan Hari Guru?
  23. Apakah teras perkhidmatan cemerlang?
  24. Apakah fungsi utama Persatuan Ibu Bapa dan Guru?
  25. Berikan Nama Menteri Pendidikan dan Timbalan
  26. Mengapa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan?
  27. Apa masa depan seorang guru?
  28. Apakah kepentingan kecerdasan emosi untuk seorang guru?
  29. Guru hanya masa lapang, banyak cuti, tidak banyak kerja, adakah anda setuju?
  30. 5 sebab anda layak menjadi seorang guru
  31. Jika murid engkar arahan guru, apa tindakan anda sebagai guru?
  32. Mana lebih penting keluarga atau tugas?
  33. Apa cabaran terhebat sebagai guru zaman sekarang?
  34. Pandangan anda berkaitan SPPBS? Anda terlibat dan pernah isi?
  35. Pendapat anda berkaitan merotan murid yang nakal di sekolah?
  36. Berikan 3 jenis tugas lain seorang guru selain mendidik
  37. Murid banyak masalah perlu dibuang sekolah? Setuju? Kenapa?
  38. Ulaskan sedikit mengenai Gejala Sosial di kalangan remaja
  39. Kenapa murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah?
  40. Apa pendapat anda ibu bapa yang mengugut guru yang merotan anak?
  41. Perlukah anda kenal ibu bapa murid anda?
  42. Guru selalu dihantar kursus, adakah ia baik untuk anda?
  43. Berikan pandangan anda tentang guru disaman ibu bapa murid? Bagaimana untuk mengelaknya?
  44. Apakah kemahiran interpersonal yang anda ada?
  45. Apa target anda dalam kerjaya perguruan?
  46. Wajarkah seorang guru mempunyai kerja lain seperti MLM, berniaga part time?
  47. Apakah peranan seorang Ketua Panitia di sekolah?
  48. Apa sumbangan yang pernah anda buat untuk sekolah?
  49. Siapa bos anda di sekolah?
  50. Apa pendapat anda berkenaan dengan laman sosial seperti Facebook?
  51. Apakah yang anda akan lakukan jika terdapat seorang pelajar autisme di dalam kelas aliran biasa yang anda mengajar?
  52. Bila dah jadi guru, parti mana yang akan anda sonong? Apa pendapat anda dengan pemerintah sekarang?
  53. Apa pendapat anda berkenaan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR)?
  54. Selain daripada PdPR, apakah kaedah ain yang anda rasa sesuai digunakan?
  55. Adakah PdPR berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada murid?
  56. Jika terdapat wanita yang mengalami keganasan rumah tangga, kementerian apakah yang boleh dijadikan rujukan dalam menangani kes ini?

Nak lebih banyak contoh soalan temuduga calon guru? Dapatkan di sini:

Baca juga: Cara Apply Permohonan Guru Ganti Sekolah Rendah Dan Menengah 2020

ASPEK PENTING UNTUK PERSEDIAAN

Berikut adalah beberapa aspek penting yang perlu anda ambil perhatian untuk persediaan temuduga Guru Interim:

  • Isu semasa Negara
  • Nama-nama Menteri dan Timbalan
  • Isu semasa Pendidikan di Malaysia
  • Masalah semasa di Malaysia
  • Tugas jawatan
  • Pengetahuan Am Malaysia

Baca juga: Cara Mohon Jawatan Guru Guna Sijil SPM

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda sebagai persediaan sebelum menghadapi temuduga sebenar. Ingat, jangan sesekali hafal jawapan, tetapi bersiap sedialah dari segi fizikal dan mental. Selamat maju jaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma