Temuduga Biasiswa Bagi Mengikuti Program Accounting LCCI – UK
Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur menawarkan Biasiswa bagi pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program London Chamber Of Commerce & Industry (LCCA) UK. Sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam Perakaunan, anda dipelawa untuk menghadiri temuduga pemilihan yang telah ditetapkan.
Tawaran biasiswa program yang ditawarkan adalah bagi ambilan September 2020. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan temuduga biasiswa.
Isi Kandungan
SYARAT KEMASUKAN
Berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi:
- Berumur 18 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau setaraf dengan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris
ATAU - Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan kredit dalam Matematik dan lulus Bahasa Inggeris.
- Pendapatan isi rumah bawah RM5000*.
BIASISWA DITAWARKAN
Biasiswa yang ditawarkan meliputi:
- Yuran Pengajian
- Yuran Pendaftaran
- Yuran Asrama / Penginapan
- Elaun Sara Diri RM300 sebulan
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
Antara dokumen yang diperlukan adalah:
-
Satu keping gambar berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
-
Satu salinan kad pengenalan pemohon.
-
Satu salinan kad pengenalan ibu, bapa/penjaga dan tanggungan. (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja)
-
Salinan bil air atau elektrik
-
Salinan geran kereta / cover note
-
Satu salinan penyata gaji/pencen/ilat yang terkini bagi pemohon/ibu/bapa/penjaga. (Bagi pemohon/ibu/bapa/penjaga yang bekerja sendiri, sila buat akuan sumpah pendapatan dari Pesuruhjaya Sumpah sahaja).
-
Satu salinan akuan sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah bagi ibu/bapa/penjaga yang tidak bekerja.
-
Salinan Kad Matrik/surat tawaran belajar bagi tanggungan belajar di Universiti/kolej.
-
Surat pengesahan sakit dari hospital atau klinik kerajaan. (Jikaibu/bapa/penjaga/tanggungan sakit)
-
Satu salinan kad OKU bagi ibu/bapa/penjaga/tanggungan yang kurang upaya.
-
Satu salinan kad memeluk Islam. (Jika berkaitan)
-
Satu salinan surat perakuan nikah ibu/bapa/penjaga/pemohon. (Jika berkaitan)
-
Satu salinan surat perakuan cerai ibu/bapa/penjaga/pemohon. (Jika berkaitan)
-
Satu salinan surat perakuan mati ibu/bapa/penjaga. (Jika berkaitan)
Kegagalan mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses/dipertimbangkan.
MAKLUMAT TEMUDUGA
Maklumat temuduga adalah seperti berikut:
- Tarikh: 24 Ogos 2020 hingga 28 Ogos 2020.
- Tempat:
Bilik Seminar 1, Kolej Profesional Baitulmal
Lot 1363 Jalan Perkasa
Maluri 55100 Kuala Lumpur - Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
CARA DAFTAR TEMUDUGA
Tarikh temuduga yang ditetapkan adalah pada 24 Ogos hingga 28 Ogos 2020. Jika anda berminat untuk hadir temuduga, anda boleh buat temujanji melalui pautan berikut:
Pegawai Pembiayaan akan menghubungi ibu bapa atau pelajar untuk mengesahkan waktu temujanji. Ibubapa atau pelajar perlu memakai penutup muka dan menjalani pemeriksaan suhu badan serta menggunakan hand sanitizer sebelum memasuki kawasan kampus. Pemeriksaan akan dijalankan oleh Pengawal Keselamatan.
Ibubapa atau pelajar juga perlu mengisi scan QR Kod MySejahtera di pondok pengawal bagi merekod aktiviti keluar masuk tetamu. Bilangan yang hadir tidak lebih dari 3 orang pada satu masa dan warga emas serta kanak-kanak tidak digalakkan hadir.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus melalui WhatsApp:
-
Dr. Fitri. www.wasap.my/60173131800
-
Pn Kasniah www.wasap.my/60192606778
-
Cik Norida www.wasap.my/60133206202
-
Cik Azmunira www.wasap.my/60122645098
-
En Aizat www.wasap.my/60105601564
-
Pn Faridah www.wasap.my/60193135003