Dah Mohon Jawatan Di MySPP, Bila Calon Akan Dipanggil Temuduga?
Bekerja dalam sektor kerajaan sememangnya impian setiap orang. Namun nak dapat tawaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk mengikuti ujian dan temuduga bukan satu perkara yang mudah dan bukan semua orang berpeluang untuk mendapat tawaran ini.
Persoalan yang sering ditanya oleh calon adalah berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temuduga selepas proses pendaftaran jawatan di sistem MySPP? Biasalah, setiap calon pasti akan ada rasa tidak sabar atau ingin tahu tempoh menunggu setelah buat permohonan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tempoh diambil untuk dapat keputusan kelayakan temuduga selepas buat permohonan di laman MySPP.
Isi Kandungan
MASA DIAMBIL UNTUK PANGGILAN TEMUDUGA SELEPAS MOHON JAWATAN
Untuk makluman anda,
Hanya pemohon yang MELEPASI TAPISAN SEMASA sahaja akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temuduga berdasarkan jawatan yang dipohon.
Secara ringkasnya, calon hanya akan dipanggil temuduga jika terdapat kekosongan jawatan sahaja pada masa-masa tertentu dan memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon.
Baca juga: Tak Pernah Dapat Panggilan Temuduga SPP? Ini 6 Punca Permohonan Anda Gagal
TEMPOH PELAKSANAAN URUSAN TEMUDUGA
Untuk makluman anda, pemohon akan dipanggil temuduga apabila:
- Bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan mengikut opsyen diterima daripada KPM. Pemakluman bagi urusan panggilan temu duga akan dibuat melalui portal SPP. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP.
- Bagi calon Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan diterima daripada KPM. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP dari masa ke masa.
- Bagi calon Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi (PPPT) , temu duga akan dilaksanakan sebaik sahaja maklumat kekosongan jawatan diterima daripada KPT. Panggilan temu duga bagi jawatan PPPT akan dibuat mengikut kekosongan bidang pengkhususan dan gred jawatan. Calon boleh menyemak status panggilan temu duga secara online di portal SPP dari masa ke masa.
Semua permohonan yang diterima sebelum tarikh tutup sesuatu permohonan akan diproses. Calon-calon yang melepasi tapisan dan kriteria yang ditetapkan Suruhanjaya akan dipanggil temuduga tanpa mengambil kira tarikh pendaftaran seseorang calon itu.
Namun, calon perlu pastikan permohonan jawatan adalah tidak melepasi tarikh luput iaitu setahun daripada tarikh permohonan.
Semoga bermanfaat!
Rujuk: Tips Kemaskini Permohonan Di MySPP Dengan Betul Untuk Mudah Dapat Panggilan Temuduga