Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2021 Di Rumah & Panduan Lengkap Buat Ketua Keluarga
Hari Raya Aidilfitri kali ini akan menyaksikan sejarah umat Islam di Malaysia mengerjakan solat sunat Aidilfitri tahun kedua berturut-turut di rumah masing-masing. Jangan bersedih, jom sempurnakan Hari Raya anda dengan melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri di rumah bersama keluarga masing-masing.
Tidak seperti khutbah Jumaat, khutbah raya akan dibacakan selepas Solat Sunat Aidilfitri oleh ketua keluarga. Namun dalam keadaan kita sekarang, solat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan masing-masing.
Bagi wanita yang haid (tidak boleh solat) tetap disunatkan menyertai bersama mendengar khutbah hari raya.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut teks ucapan khutbah tahun 2021 di rumah serta panduan solat sunat aidilfitri.
Isi Kandungan
SYARAT & RUKUN KHUTBAH RAYA
Rukun khutbah secara mudahnya adalah perkara yang wajib dilakukan dalam khutbah. Menurut mazhab Syafi’ie, rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;
- Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
- Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
- Memberi pesanan dengan takwa
- Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
- Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.
Disunatkan imam memulakan khutbah pertama dengan bertakbir (yakni melaungkan Allahu-Akbar) sembilan kali dan memulakan khutbah kedua dengan bertakbir tujuh kali.
SYARAT KHUTBAH HARI RAYA
Berikut adalah syarat khutbah hari raya:
- Khatib mestilah suci daripada hadas kecil dan besar
- Khatib hendaklah menutup aurat dengan sempurna.
- Khatib mestilah seorang lelaki.
- Khutbah dibaca setelah selesai solat sunat hari raya.
- Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah.
- Khatib membaca khutbah dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan.
- Rukun khutbah dibaca dalam bahasa arab.
TEKS KHUTBAH AIDILFITRI 1 SYAWAL 1442H
Berikut adalah teks khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan oleh JAKIM dan boleh dibaca selepas solat sunat raya pada 1 Syawal 2021:
TEKS KHUTBAH AIDILFITRI 1 SYAWAL 1442H
KHUTBAH RINGKAS AIDILFITRI
Selain daripada gunakan teks khutbah daripada JAKIM, anda juga boleh membaca khutbah secara ringkas seperti berikut:
Khutbah Pertama
- Ucap Alhamdulillah
- Baca selawat ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad’
- Pesan kepada makmum untuk bertaqwa: ‘ Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah’
- Baca satu potongan ayat A;-Quran: ‘Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar’
- Sekian khutbah pertama.
- Kemudian duduk sekejap dan sambung Khutbah Kedua
Khutbah Kedua
- Ucap ‘Alhamdulillah’
- Baca selawat ‘ Allahumma solli ‘ ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad’
- Pesan kepada makmum untuk bertaqwa:’ Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah’
- Baca 1 potong ayat Al-Quran: ‘ Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad’
- Baca doa untuk seluruh orang Islam:’ Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat’
- Selesai khutbah hari raya
Semoga bermanfaat!