Tebus E-baucar RM50 AirAsia Sekarang Untuk Diskaun Penerbangan Domestik AirAsia Malaysia
AirAsia Malaysia kini telah mengumumkan tawaran e-baucar RM50 sudah boleh di tuntut. Sebanyak 24,000 e-baucar tersedia untuk diterima dan boleh digunakan untuk perjalanan domestik.
Pelanggan dapat menikmati diskaun sebanyak RM50 melalui e-baucar ini untuk sebarang penerbangan domestik AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) yang ditempah pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penebusan e-baucar AirAsia.
Isi Kandungan
TARIKH TEMPAHAN PENERBANGAN
Tarikh tempahan penerbangan menggunakan e-baucar adalah:
- Tempahan antara 30 November 2020 hingga 13 Disember 2020
Tempoh perjalanan yang boleh digunakan e-baucar pula ialah penerbangan pada:
- Penerbangan pada 7 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021
SYARAT PENEBUSAN E-BAUCAR
Kempen ini hanya sah kepada penebus yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Rakyat Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas selepas mengemas kini nombor kad pengenalan
- 24,000 orang pertama sahaja yang berhak menebus
- Sekiranya anda membelanjakan di bawah jumlah e-baucar (bawah RM50) anda tidak berhak untuk meminta bayaran balik baki
- Hanya satu e-baucar untuk seorang penumpang
CARA MENEBUS E-BAUCAR RM50
Untuk menebus e-baucar ini, penumpang perlu mengemaskini nombor kad pengenalan terlebih dahulu dengan menggunakan aplikasi AirAsia. Caranya adalah seperti berikut:
- Log masuk akaun Ahli BIG anda
- Klik My account – Profil – dan klik edit di bahagian Dokumen Perjalanan (Travel Document)
- Pilih Malaysia di bahagian Negara Penerbit (Issuing Country) & kemudian Kemas kini nombor kad pengenalan Malaysia anda dan klik pada Tuntutan Baucar (Claim Voucher)
- Baucar akan dihantar ke e-mel anda dalam masa 24 jam
CARA MENGGUNAKAN E-BAUCAR RM50
Setelah anda mendapat e-baucar melalui e-mel, anda boleh menggunakan e-baucar tersebut dalam tempahan perjalanan anda.
- Pilih penerbangan anda di halaman tempahan. Pilih lokasi yang anda ingin kunjungi beserta tarikh.
- Pilih waktu penerbangan berlepas anda
- Pilih waktu penerbangan balik anda
- Dihalaman pembayaran, masukkan nombor baucar anda yang anda terima melalui e-mel sebelum anda membuat pembayaran
LALUAN BAHARU AIRASIA
Menurut makluman AirAsia, mereka juga memperluaskan jaringan domestiknya dengan lapan laluan baharu untuk perjalanan penting dan perjalanan akan datang.
Setiap laluan akan beroperasi dengan tiga penerbangan mingguan yang akan bermula pada Disember 2020, manakala penerbangan antara Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu dijadualkan bermula pada Februari 2021.
Laluan baharu tersebut akan menghubungkan:
- Langkawi – Ipoh
- Langkawi – Kota Bharu
- Johor Bahru – Bintulu
- Johor Bahru – Kota Bharu
- Pulau Pinang – Sibu
- Pulau Pinang – Kota Bharu
- Kuching – Langkawi