Hanya Perlu Tidur 30 Hari, Terima Bayaran RM1,500. Ini Cara Mohon Kerja “Tidur”

Dibayar untuk tidur? Biar betul? Ya! Jika sebelum ini anda pernah dengar pekerjaan tidur ditawarkan di luar negara, kini tawaran dibuka di Malaysia! Pihak Universiti Malaya (UM) sedang membuat kajian dan sedang mencari individu yang berkelayakan untuk tidur selama 30 hari dan terima bayaran sebanyak RM1,500.

Seramai 12 orang dicari untuk membantu pihak Universiti Malaya melakukan kajian ini. Jika anda berminat untuk “tidur” dan terima bayaran, anda boleh buat permohonan sekarang dengan mengisi borang permohonan secara online sehingga 30 April 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara mohon kerja tidur.

MAKLUMAT KAJIAN & TUGAS

Universiti Malaysia sedang mencari seramai 12 orang untuk menjadi “Sleep Reviewer” selama 30 hari dan mendapat bayaran sebanyak RM1,500 pada akhir tempoh ujian.

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kesihatan tidur “Sleep Reviewer” kami di dalam bilik berhawa dingin Inverter dan bilik berhawa dingin Bukan Inverter pada suhu 27°C selama 7-8 jam (pada waktu malam).

Semua subjek yang didaftarkan mesti memenuhi kriteria kelayakan berdasarkan kriteria kemasukan/pengecualian yang diperincikan di bawah dan dikehendaki menjawab soal selidik serta memberi maklum balas tentang keselesaan terma. Tidur anda akan dipantau dan diukur secara berterusan dengan menggunakan SmartWatch.

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Berumur 20 – 40 tahun
  • BMI Normal (18.5 – 24.9)
  • Mampu untuk hadir tidur di rumah disediakan di Pangsapuri Mutiara Subang
  • Sihat atau mengalami masalah tidur yang ringan
  • Individu yang didiagnosis dengan penyakit kronik atau gangguan tidur (insomnia, restless legs syndrome, narcolepsy & sleep apnea) adalah tidak layak mohon

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan tugas yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sehingga 30 April 2022 dengan mengisi borang permohonan secara online melalui pautan berikut:

Lengkapkan borang permohonan yang disediakan dan akhir sekali tick pada kotak yes dan klik SUBMIT untuk hantar permohonan. Anda hanya perlu tunggu makluman melalui email untuk tahu status permohonan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, ada boleh hubungi Ms. Saffa di talian 019 6969036 atau email saffasyamimi@gmail.com.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma