Tawaran Skim Sangkutan & Latihan (SSL) Tahun 2021 Buat Graduan. Terima Elaun RM1000 Sebulan
Tawaran menyertai Skim Sangkutan Dan Latihan (SSL) tahun 2021 kini dibuka. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan untuk menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL).
Graduan Siswazah/ Diploma yang belum mendapat pekerjaan adalah digalakkan untuk memohon bagi mendapatkan pengalaman latihan kerja dengan pelbagai Jabatan/ Kementerian kerajaan negeri.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Skim Sangkutan dan Latihan yang ditawarkan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN
Berikut adalah maklumat tawaran Skim Sangkutan dan Latihan buat graduan:
Graduan Ijazah Sarjana Muda:
- Penempatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan Kerajaan Negeri Sabah
- Elaun: RM1,000 sebulan
- Tempoh Latihan: Lapan (8) bulan *Tertakluk kepada prestasi semasa*
Graduan Diploma:
- Penempatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan Kerajaan Negeri Sabah
- Elaun: RM800 sebulan
- Tempoh Latihan: Lapan (8) bulan *Tertakluk kepada prestasi semasa*
SYARAT KELAYAKAN
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut untuk mengikuti Skim Sangkutan dan Latihan:
- Warganegara Malaysia (Ibu atau bapa berasal dari Sabah)
- Berumur antara 21 tahun hingga 30 tahun pada tahun 2021
- Memilik Ijazah Sarjana Muda atau Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Minimum mendapat CGPA 2.50; dan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya serta Kepujian bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan tiga (3) subjek lain (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
- Keutamaan diberikan kepada graduan dalam bidang Kejuruteraan Perisian, Teknologi Maklumat, Multimedia dan Sains Data
CARA MEMOHON
Permohonan mengikuti Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) tahun 2021 kini dibuka sehingga 18 Disember 2020 (5 petang). Permohonan boleh dibuat melalui laman web berikut:
Permohonan yang tidak memenuhi syarat kemasukan yang disyaratkan dan tidak mengisi maklumat dengan lengkap dalam ruangan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui telefon di talian 088-366750.