Cara Mohon Jadi Pekerja Sambilan Harian (PSH) Di Tabika Kemas Dengan Minima SPM

Berminat nak bekerja dengan Tabika KEMAS? Bagi menggantikan guru yang bakal cuti bersalin, Tabika Kemas Sentul Utama 4 sedang mencari Pekerja Sambilan Harian terbuka buat calon warganegara Malaysia yang berkelayakan minima SPM berpengalaman mengajar kanak-kanak tabika.

Calon yang berminat untuk menjadi PSH Tabika KEMAS seperti ditawarkan boleh buat permohonan dengan mengemukakan dokumen-dokumen dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Tadika Kemas
  • Penempatan: Tabika Kemas Sentul Utama 4
  • Tarikh jangkaan kemasukan: 10 Februari 2023 hingga 11 Mei 2023
  • Waktu bekerja: 11 tengah hari sehingga 5 petang
  • Cuti: Sabtu, Ahad & Cuti Umum
  • Kadar gaji: RM54.00 sehari

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran dibuka kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • berumur 19 hingga 35 tahun
  • Kelayakan utama: SPM (2 matapelajaran kredit termasuk Bahasa Malaysia manakala 4 matapelajaran yang lain lulus)
  • Gaji akan disalurkan terus daripada pihak jabatan KEMAS
  • Keutamaan bagi yang boleh menggunakan komputer dan berpengalaman mengajar kanak-kanak tabika

PANDUAN PERMOHONAN

Permohonan mestilah dibuat dengan sertakan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Resume
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil SPM dan yang berkaitan
  • Salinan akaun bank
  • Salinan maklumat KWSP

Untuk sebarang pertanyaan atau maklmat lanjut, anda boleh hubungi Cikgu Zylia di talian berikut:

  • 017 2734123

Rujuk iklan penuh jawatan di bawah:

IKLAN JAWATAN PSH TABIKA KEMAS

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma