Permohonan Kemasukan Ke Prauniversiti Di Sekolah Sukan Malaysia KPM Kini Dibuka

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada murid-murid Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk mengikuti program Prauniversiti KPM-KPT-MSN di Sekolah Sukan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, murid-murid lepasan SPM yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara dalam talian mulai 10 Jun 2021 hingga 9 Julai 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut syarat kelayakan dan cara memohon kemasukan ke program Prauniversiti di Sekolah Sukan Malaysia.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan program Prauniversiti KPM-KPT-MSN di Sekolah Sukan Malaysia sesi 2021/2022 dibuka pada:

  • 10 Jun hingga 9 Julai 2021

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.

SYARAT AM

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Mewakili negeri/ negara
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan
  • Hendaklah mendapat perakuan dan diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara/ Ngeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK)
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit
  • Tawaran hanya sah sekiranya pelajar bersetuju menerima SSM yang ditawarkan

Berikut adalah syarat-syarat khas yang perlu dipenuhi:

Aliran Sains

  • Sekurang-kurangnya mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris
  • Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut:
    – Biologi
    – Fizik
    – Kimia
    – Matematik Tambahan
    – Teknologi Maklumat
    – Perdagangan
    – Ekonomi Asas
    – Prinsip Akaun
    – Bahasa Inggeris
    – Lukisan Kejuruteraan
    – Rekacipta
    – Teknologi Kejuruteraan
    – Sains Sukan

Aliran Pengurusan

  • Sekurang-Kurangnya Lulus Dalam Mata Pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris ;
  • Lulus Sekurang-Kurangnya 2 Mata Pelajaran Yang Berikut:
    – Perdagangan
    – Ekonomi Asas
    – Prinsip Akaun
    – Bahasa Inggeris
    – Lukisan Kejuruteraan
    – Rekacipta
    – Teknologi Kejuruteraan
    – Sains Tambahan
    – Teknologi Maklumat
    – Sains Sukan
    – Pendidikan Moral
    – Pendidikan Islam

Aliran Sastera

  • Sekurang-Kurangnya Lulus Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris;
  • Lulus Sekurang-Kurangnya 3 Mata Pelajaran Yang Berikut:
    – Perdagangan
    – Ekonomi Asas
    – Prinsip Akaun
    – Bahasa Inggeris
    – Lukisan Kejuruteraan
    – Rekacipta
    – Teknologi Maklumat
    – Sains Sukan
    – Pendidikan Moral
    – Pendidikan Islam
    – Geografi

CARA MOHON

Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

  1. Isi borang permohonan secara online dengan lengkap di https://prau.moe.gov.my/ 
  2. Dah selesai isi borang, pastikan anda klik SIMPAN & HANTAR
  3. Cetak borang tersebut serta merta. Kemudian isikan maklumat pada ruang berikut dengan:
    a) Ruang E. Ulasan Jurulatih
    b) Ruang F. Ulasan PK Sukan/ PK Ko Kurikulum
    c) Ruang G. Perakuan
    d) Ruang H. Pengesahan
  4. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada:
    Pengarah
    Bahagian Sukan
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 PUTRAJAYA
    (u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

Borang yang tidak lengkap dan dihantar selepas 9 Julai 2021 tidak akan diproses. Untuk maklumat lanjut berkenaan Sekolah Sukan Malaysia, anda boleh rujuk di laman https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/sekolah-sukan-malaysia

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma