Permohonan Kemasukan Ke Program Diploma Poliktenik Ungku Omar Sesi Mac 2021
Peluang terbuka kepada pelajar Lepasan SPM 2019 dan ke bawah/ Sijil Kolej Komuniti/ Politeknik/ Institut Kemahiran Mara/ SKM Tahap 3 dan yang setaraf untuk memohon ke Diploma di Politeknik Ungku Omar (PUO).
Politeknik Tengku Omar menawarkan pelbagai bidang pengajian di peringkat Diploma bagi pendaftaran sesi Mac 2021.
Sekiranya anda berminat untuk meneruskan pengajian Diploma di PUO, semak syarat kelayakan dan panduan membuat permohonan di bawah.
Isi Kandungan
SENARAI PROGRAM DITAWARKAN
Lepasan SPM/ Sijil yang berkelayakan dipelawa bagi mengisi kekosongan program Diploma berikut:
- Kejuruteraan Awam
- Geomatik
- Kejuruteraan Mekatronik
- Kejuruteraan Perkapalan
- Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
- Kewangan & Perbankan
- Kewangan & Perbankan Islam
- Pengurusan Peruncitan
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Setaraf (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat 5 kepujian dalam mata pelajaran tertentu.
Semak syarat kemasukan setiap program pengajian DI SINI.
CARA MOHON KEMASUKAN KE POLITEKNIK
Sekiranya anda berminat untuk meneruskan pengajian di Politeknik Ungku Omar seperti yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan sekarang dengan langkah berikut:
- Pergi ke laman ambilan.mypolycc.edu.my
- Klik pada KLIK DI SINI UNTUK SEMAKAN KE POLITEKNIK
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik SEMAK.
- Klik Borang Permohonan ke Program Pra Diploma/Diploma
- Pilih kelulusan anda
- Klik Program Diploma
- Lengkapkan borang permohonan sehingga selesai
Tempat adalah terhad tertakluk kepada kekosongan program semasa permohonan dan syarat minimum kelayakan program. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PUO di talian 05-5457656/ 05-5457622 sambungan 1125/ 1143/ 1126.