Permohonan Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UM Sesi 2020/2021 Kini Dibuka

Pengambilan pelajar kemasukan Semester 2 Sesi Akademik 2020/2021 bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Fakulti Undang-undang di Universiti Malaysia kini dibuka.

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti pengajian yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara atas talian di laman web yang disediakan sekarang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mengikuti program pengajian yang ditawarkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak aktif mana-mana pengajian di Universiti Awam (UA) ketika permohonan dibuat
  • Memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program seperti di capaian:

BUKU SYARAT KEMASUKAN SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan kemasukan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UM adalah dibuka pada:

  • 14.12.2020 hingga 18.12.2020

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Kad Pengenalan / MyKad calon
  • Semua sijil-sijil pengajian: Diploma / Sijil STPM / SPM / A Level / IB / AUSMAT (yang berkaitan)
  • Sijil MUET
  • Transkrip penuh akademik (Sem 1 hingga akhir) (jika berkaitan)
  • Surat pengesahan tamat pengajian (jika berkaitan)
  • Keputusan Bahasa Melayu Julai (jika berkaitan)
  • Cetakan akreditasi MQA (https://www2.mqa.gov.my/mqr/cakreditasi.cfm) bagi program yang telah diikuti (jika berkaitan)

NOTA PENTING

  • Dokumen yang tidak lengkap tidak akan diproses
  • Wang proses RM50.00 perlu dijelaskan secara dalam talian sebelum pengesahan permohonan
  • Calon yang disenarai pendek untuk temu duga akan dihubungi melalui email / panggilan telefon selewat-lewatnya minggu pertama bulan Januari 2021

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat mulai sehingga 18 Disember 2020 secara atas talian melalui laman permohonan berikut:

Untuk garis panduan permohonan yang lengkap, anda boleh rujuk di sini:

garis panduan permohonan kemasukan um

Permohonan Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UM Sesi 2020/2021 Kini Dibuka

Sebarang pertanyaan atau maklum balas anda boleh hubungi talian 03 79673502/ 3441/ 3448/ 3279/ 3440 atau email ke alamat skp_aasc@um.edu.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma