Tawaran Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UMK Sesi Februari 2021

Universiti Malaysia Kelantan kini menawarkan kemasukan pelajar ke Program Ijazah Sarjana Muda. Permohonan yang kini dibuka adalah bagi pengambilan Februari 2021.

Terdapat pelbagai program pengajian ditawarkan buat individu yang berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UMK. Namun kali ini pihak UMK menawarkan kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan kemasukan ke program yang ditawarkan di perkongsian bawah.

Tawaran Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UMK Sesi Februari 2021

SYARAT KELAYAKAN

Lepasan SPM

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

Lepasan STPM

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

Lepasan Matrikulasi/Asasi

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

Lepasan STAM

  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;

Lepasan Diploma/Setaraf

  • Mempunyai kelulusan Diploma IPTA / ILKA / IPTS atau Kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA); atau
  • Lulus peperiksaan STPM tahun 2018 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
  • Matrikulasi/Asasi tahun 2018 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau
  • STAM tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; atau
  • Lulusan Pra-U Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/ International Baccalaureate Diploma/ Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UA.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku.

Lepasan Diploma TVET (DKM/ DLKM/ DVM)

  • Mempunyai kelulusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program mengikut jenis program yang ditawarkan di UA);
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen (salinan yang telah disahkan) yang perlu dimuat naik semasa permohonan:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
  • Sijil SPM
  • Sijil STPM
  • Sijil Matrik/ Asasi/ Diploma
  • Transkrip Matrik/ Asasi/ Diploma penuh/ transkrip semester
  • Sijil MUET
Nota: Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Pesuruhjaya Sumpah. Cop pegawai hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja bagi satu email sehingga 1 Februari 2021. Sila pastikan dokumen yang perlu dimuatnaik cukup sebelum membuat permohonan. Klik pautan berikut untuk membuat permohonan:

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA UMK 

Permohonan yang diisi lengkap dan dokumen yang perlu dimuat naik lengkap seperti diminta sahaja akan diproses. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Bahagian Pentadbiran Akademik, Seksyen Pengambilan 09-779 7615/ 7612/ 7607.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma