SPP Kongsi Tindakan Yang Calon Perlu Lakukan Jika Gagal Temuduga
Bekerja dalam sektor kerajaan sememangnya impian setiap orang. Namun nak dapat tawaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk mengikuti ujian dan temuduga bukan satu perkara yang mudah dan bukan semua orang berpeluang untuk mendapat tawaran ini.
Jika dapat peluang untuk duduki ujian atau temuduga SPP, pastikan anda buat yang terbaik! Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda gagal temuduga? Kini SPP telah menetapkan tatacara baharu bagi semua kategori calon yang gagal temuduga.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tindakan yang perlu dilakukan oleh calon yang gagal temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Baca juga: Dah Mohon Jawatan Di MySPP, Bila Calon Akan Dipanggil Temuduga?
Isi Kandungan
SURAT TAWARAN BAGI CALON YANG BERJAYA
Bagi yang calon berjaya temuduga, pemakluman keputusan temuduga akan dimaklumkan dalam portal SPP dan calon dikehendaki untuk:
- mencetak sendiri surat tawaran pelantikan tersebut dalam tempoh 6 minggu dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.
Surat arahan lapor diri dan penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian.
Penempatan tempat bertugas adalah terletak di bawah bidang kuasa Ketua Perkhidmatan di (KPM) Calon mungkin ditempatkan bertugas sama ada di Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Politeknik, Kolej Komuniti atau di bahagian-bahagian di KPM sendiri.
TATACARA BAGI CALON YANG GAGAL TEMUDUGA
Bagaimana pula dengan calon yang gagal dalam temuduga, apa yang perlu dilakukan?
Bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Suruhanjaya telah menetapkan tatacara baharu bagi semua kategori calon yang gagal temuduga seperti berikut:
- Calon dimaklumkan kegagalannya; dan
- Calon boleh memohon semula melalui mySPP selepas enam bulan dari tarikh keputusan Suruhanjaya melalui Portal SPP
Tempoh enam bulan yang diberikan oleh Suruhanjaya untuk memohon semula bertujuan memberi peluang kepada calon memperbaiki kelemahan diri.
Bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), calon boleh:
- Mengemaskini semula permohonan di https://myspp.spp.gov.my untuk memastikan permohonan jawatan masih aktif
Baca juga: Tak Pernah Dapat Panggilan Temuduga SPP? Ini 6 Punca Permohonan Anda Gagal
Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkenaan urusan pengambilan jawatan SPP, anda boleh hubungi SPP di talian 03 8000 8000 atau email ke alamat webmaster@spp.gov.my.