Tarikh Pendaftaran & Peperiksaan MUET on Demand (MoD) Tahun 2021

Mulai Jun 2018, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menambah kaedah pengelolaan Ujian Malaysian University English Test (MUET) sedia ada, iaitu secara MUET on Demand (MoD) yang diadakan secara Computer Based Test (CBT) dan juga Based Test (PBT).

Standard kertas soalan MUET (Listening, Speaking, Reading dan Writing bagi kaedah MoD adalah sama dengan kaedah MUET sedia ada. Format ujian MoD juga mengguna pakai Regulations, Test Specifications, Test Format and Sample Questions MUET sedia ada.

Bagi calon yang ingin membuat pendaftaran MUET on Demand bagi tahun 2021 kini boleh semak tarikh-tarikh penting ujian MUET sepanjang tahun 2021.

JADUAL PEPERIKSAAN MUET 2021

Berikut adalah jadual tarikh pendaftaran dan peperiksaan MUET on Demand (MoD) sepanjang tahun 2021:

Tarikh Terkini Peperiksaan MUET On Demand (MoD) Tahun 2021

PENDAFTARAN MUET ON DEMAND

Calon yang ingin membuat pendaftaran MUET on Demand boleh buat pendaftaran apabila dibuka di laman tersebut:

PERBEZAAN ANTARA MUET ON DEMAND DENGAN MUET BERSESI

Bagi masih yang tidak tahu, perbezaan MUET on Demand (MoD) dengan Muet sesi 1, 2 dan 3 adalah seperti berikut:

MUET Sedia Ada (Muet Sesi 1, 2 dan 3)

  • Peperiksaan akan dijalankan 3 kali setahun iaitu pada Sesi Mac, Julai dan November setiap tahun
  • Yuran Peperiksaan berjumlah RM100.00
  • Peperiksaan adalah menggunakan kertas dan pensil
  • Keputusan peperiksaan MUET oleh diperolehi dalam masa 2 bulan selepas peperiksaan diadakan
  • Peperiksaan diadakan di semua pusat bertauliah di seluruh negara termasuklah di sekolah-sekolah

MUET on Demand (MoD)

  • Tarikh peperiksaan MUET on Demand adalah hampir setiap bulan iaitu anda boleh rujuk jadual di atas
  • Yuran peperiksaan adalah lebih mahal berbanding MUET sedia ada iaitu RM250.00
  • Peperiksaan MUET CBT dijalankan menggunakan aplikasi komputer/ atas talian
  • Keputusan peperiksaan MUET lebih cepat diumumkan iaitu selepas 3 minggu peperiksaan diadakan
  • Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan di mana calon boleh memilih pusat peperiksaan.

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma