[Terkini] Perdana Menteri Sahkan Sesi Persekolahan Bermula 20 Januari 2021
Melalui penyampaian perutusan sempena Sambutan Tahun Baharu 2021 semalam yang bertemakan Bersemangat Melangkah Ke Tahun Baharu 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan tarikh rasmi sesi persekolahan tahun 2021.
Keputusan tarikh rasmi telah dibuat memandangkan ramai ibu bapa yang teragak-agak dengan tarikh kemasukan yang diumumkan sebelum ini. Oleh itu, semalam Perdana Menteri telah membuat pengesahan tarikh.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh kemasukan pelajar ke sekolah sesi 2021.
Isi Kandungan
TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan bermula pada:
- Tarikh Mula Persekolahan 2021: 20 Januari 2021
Dapatkan kalender penuh sepanjang tahun 2021 DI SINI.
Keputusan itu dibuat kerana ramai ibu bapa yang risau kerana anak-anak tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang sempurna.
“Dengan mengambil kira keperluan untuk anak-anak mengikuti pembelajaran dalam situasi yang semula jadi di sekolah, saya ingin memaklumkan bahawa kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka mengikut takwim yang telah diumumkan pada 8 November 2020.” – Perdana Menteri
Baca: Tarikh Penting Persekolahan & Peperiksaan Sepanjang Tahun 2021
TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2021
Untuk memudahkan ibu bapa membuat perancangan persekolahan anak-anak, anda boleh rujuk Takwim Persekolahan tahun 2021 rasmi yang boleh digunakan untuk semak:
- Tarikh sesi persekolahan
- Tarikh cuti pertengahan penggal
- Tarikh cuti pertengahan tahun
- Tarikh cuti akhir tahun
- Tarikh cuti perayaan
Klik pautan di bawah untuk muat turun takwim persekolahan rasmi bagi tahun 2021:
DOWNLOAD TAKWIM PERSEKOLAHAN 2021
Baca: [Rasmi] Tarikh Kemasukan Pelajar Ke IPT Tahun 2021 Telah Diumumkan Oleh KPT