Tarikh Rasmi Mengundi: Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) Diadakan 19 November 2022

Teka teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umur ke-16 (PRU15) akhirnya terjawab! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuarat khas pada jam 10,05 pagi Khamis menetapkan bahawa PRU15 akan diadakan pada 19 November 2022 dan jatuh hari Sabtu.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu mengumumkan Parlimen ke-14 dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU15.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan semak tarikh rasmi mengundi/ PRU15.

TARIKH RASMI MENGUNDI/ PRU15

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuarat khas pada jam 10,05 pagi Khamis menetapkan bahawa PRU15 akan diadakan seperti berikut:

  • Tarikh penamaan calon: 5 November 2022
  • Tarikh undi awal: 15 November 2022
  • Tarikh hari mengundi: 19 November 2022 (Sabtu)

SYARAT DAFTAR PENGUNDI

Untuk daftar sebagai pengundi, anda mestilah memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur 18 tahun
  • Bermaustatin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tiada halangan/ hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR 2022

Semakan status daftar pemilih SPR 2022 boleh dilakukan melalui 2 kaedah iaitu:

Rujuk: Panduan Buat Semakan Daftar Pemilih Dan Pusat Mengundi SPR 2022 Secara Online & SMS

BELUM DAFTAR MENGUNDI?

Sekiranya anda sudah cukup umur dan memenuhi syarat kelayakan tetapi belum daftar mengundi, anda boleh daftar sekarang secara online. Tak perlu susah payah keluar pun, hanya di hujung jari sahaja selesai.

Klik pautan berikut untuk daftar mengundi secara online melalui MySPR:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma