Tarikh Penting Persekolahan Dan Peperiksaan Tahun 2020 & 2021
Memandangkan keadaan penularan wabak Covid-19 di negara kita semakin kritikal dan masih tidak berkurang, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memutuskan penutupan semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di seluruh negara bermula 9 November.
Penutupan sekolah tersebut adalah seiring dengan pelaksanaan PKPB yang diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan. Pembelajaran secara atas talian mengikut kesesuaian guru dan pelajar akan dilaksanakan.
Memandangkan sesi persekolahan tidak sama lagi, jadi semua tarikh persekolahan adalah dipinda termasuk peperiksaan penting. Semak tarikh-tarikh penting persekolahan di bawah.
Isi Kandungan
TARIKH PENTING PERSEKOLAHAN
Tahun 2020
- Sekolah seluruh negara ditutup: 9 November
- Pembelajaran secara online bermula: 9 November
- Sekolah ditutup negeri kumpulan A sehingga: 17 Disember
- Sekolah ditutup negeri kumpulan B sehingga: 18 Disember
Tahun 2021
- Pelajar Sekolah Rendah, tingkatan 1, 4, 5 dan 6 mula bersekolah secara bersemuka: 21 Januari
- Pelajar tingkatan 2 dan 3 mula bersekolah
– secara online: 20 Januari
– secara bersemuka 8 Mac
TARIKH PEPERIKSAAN PENTING
- Peperiksaan SPM/ SVM/ STAM bermula: 22 Februari 2021
- Peperiksaan STPM Semester 3 bermula: 12 April 2021
- Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) tingkatan 1 dan 4: Akan dimaklumkan
Kumpulan A: Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B: Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya.
Walaubagaimanapun sebarang makluman terbaru akan dikemaskini dari masa ke semasa. Semoga pelajar-pelajar sekolah dapat sesuaikan diri dengan norma baharu iaitu pembelajaran atas talian buat masa ini agar tidak ketinggalan.