Info

Tarikh-Tarikh Penting Kemasukan UPSI Ambilan Sesi 2 2022/2023

January 31, 2023Oleh Cikgu Shaari2 min baca

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Mei 1997 di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997.

Pelajar lepasan SPM atau STPM/Setaraf yang berminat untuk sambung pengajian di UPSI boleh buat permohonan kemasukan melalui sistem UPUOnline. Namun pengambilan bagi tahun 2022/2023 kini telah pun ditutup. Bagi calon yang telah BERJAYA membuat permohonan sebelum ini, anda dah boleh semak tarikh-tarikh penting UPSI Ambilan 2 2022/2023,

Calon diminta untuk ambil perhatian dengan setiap tarikh ujian, temuduga dan kemasukan yang dijadualkan agar tidak terlepas peluang memasuki UPSI.

TARIKH PENTING UPSI AMBILAN 2 2022/2023

Berikut adalah tarikh-tarikh penting ujian dan kemasukan ke UPSI Ambilan 2 2022/2023 yang perlu diberi perhatian:

Program Sarjana Muda

  • Permohonan: 1 November hingga 11 Disember 2022
  • Hebahan Ujian MEdSI: 30 Disember 2022
  • Ujian MEdSI diadakan: 4 hingga 8 Januari 2023
  • Hebahan panggilan temuduga dan Ujian Khas: 30 Januari 2023
  • Temuduga & ujian khas: 6 hingga 10 Februari 2023
  • Hebahan Jaya Sarjana Muda Perdana Setuju terima: hingga 5 Mac 2023
  • Sistem e-rayuan dibuka hingga 3 Mac 2023
  • Pendaftaran Pelajar baharu Sarjana Muda: 13 Mac 2023
  • Hebahan Rayuan Sarjana MUda Setuju terima hingga 21 Mac 2023
  • Daftar Rayuan Sarjana Muda: 24 Mac 2023

Program Diploma

  • Permohonan Diploma: 17 Oktober hingga 20 November 2022
  • Hebahan temuduga: 1 Disember 2022
  • Sesi temuduga dan ujian khas: 5 hingga 7 Disember 2022
  • Hebahan Jaya & Setuju terima sehingga 25/12/2022: 16 Disember 2022
  • Sistem e-rayuan dibuka: 17 hingga 23 Disember 2022
  • Pendaftaran pelajar baharu: 2 Januari 2023
  • Hebahan jaya rayuan: 5 Januari 2023
  • Pendaftaran pelajar baharu rayuan: 13 Januari 2023

SEMAKAN UJIAN MEDSI

Semakan Ujian MEDSI bagi Program Sarjana Muda Pendidikan Ambilan 2 2022/2023 boleh dibuat mulai 30 Disember 2022 di pautan berikut:

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda