Tarikh Pembayaran BSH Fasa Julai: Jadual Pembayaran & Kemaskini Akaun
Para pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh membuat semakan tarikh bayaran BSH fasa 3 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam penambahbaikan BSH, kerajaan juga telah memperkenalkan satu lagi tambahan bantuan sebanyak RM120 bagi setiap anak dalam kategori isi rumah. Anda boleh baca lebih lanjut di bawah.
Isi Kandungan
Tarikh Bayaran Baki BSH Julai
Seperti yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, baki Bantuan Sara Hidup (BSH) akan di bayar pada Julai 2020 nanti.
Di bawah merupakan jadual pembayaran rasmi yang dikeluarkan oleh LHDN mengenai jadual pembayaran BSH Julai nanti.
Untuk pembayaran Baki BSH pada Julai nanti tiada tarikh tepat diumumkan dan akan diupdate dari masa ke semasa.
Berikutan dengan pengumuman tersebut, penerima BSH lepas akan menerima bayaran seperti yang telah ditetapkan.
Penerima juga tidak perlu membuat sebarang permohonan baru atau kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat berlaku.
Anda hanya perlu membuat permohonan kemaskini BSH sekiranya ada perubahan maklumat berlaku.
Tarikh pembayaran BSH ini juga diawalkan bertujuan bagi merangsang perkembangan ekonomi domestik yang terkesan akibat wabak Covid-19 yang berlaku diseluruh dunia.
Permohonan Baru & Kemaskini
Untuk permohonan baru BSH, anda boleh dapatkan maklumat lanjut permohonan melalui pautan ini ~ Permohonan Baru BSH. Untuk kemaskini BSH Bujang pula anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.
Sekiranya anda layak, sila mohon secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my, atau secara manual di mana-mana kaunter LHDN berhampiran.
Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:
- Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
- Alamat surat menyurat terkini dan emel
- Nombor telefon bimbit dan rumah
- Maklumat akaun bank
- Maklumat pasangan dan tanggungan
- Maklumat waris
BSH Tambahan RM120 Setiap Anak
Untuk penambahbaikan BSH, kerajaan telah memperkenalkan kadar tambahan BSH kepada penerima kategori isi rumah sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah. Setiap isi rumah terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yang tiada had umur.
Contohnya isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan 4 orang anak akan mendapat RM1,080 baki tambahan bantuan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Akibat dari perintah PKP, Kaunter dan Talian Hotline BSH (1-800-88-2747) tidak beroperasi mulai 26 Mac 2020 berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat BSH secara dalam talian melalui portal rasmi bsh.hasil.gov.my
FAQ Pembayaran BSH Julai
1. Bila pembayaran BSH fasa Julai akan dilakukan?
Pembayaran BSH terkini akan dikreditkan ke akaun pada bulan Julai
2. Adakah saya perlu membuat permohonan baru BSH nanti?
Tidak perlu sekiranya anda merupakan penerima BSH sedia ada.
3. Adakah perlu saya kemaskini BSH untuk menerima bayaran ini?
Anda hanya perlu membuat kemaskini akaun jika ada perubahan maklumat diri sahaja.
4. Bagaimana wang BSH dibayar?
Pembayaran akan terus disalurkan ke akaun bank berdaftar anda.