Tarikh Pembayaran BPN Bagi Mereka Yang Membuat Permohonan Baru dan Pemohon Kategori Rayuan
Seperti yang kita tahu, nama yang sudah ada rekod dengan BSH dan LHDNM sudah tidak perlu membuat permohonan baru untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Namun masih ramai yang perlu membuat permohonan baru kerana tiada rekod. Kerajaan telah mengumumkan agihan kemasukan BPN adalah bermula kemarin iaitu 6 April 2020.
Bagi yang baru buat permohonan mulai 1 April lepas, ada juga permohonan yang masih belum diluluskan. Jadi bila agaknya pemohon baru akan mendapat kelulusan dan bilakah bayaran BPN akan diterima bagi permohonan baru?
Ketahui jawapannya di perkongsian bawah.
TARIKH BAYARAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN
Berikut adalah jawapan yang dikongsikan oleh Siti, Pegawai Khidmat Pelanggan MyGCC bagi persoalan sebegini.
Menurut pernyataan Ahmad, dia telah membuat permohonan baru untuk bantuan kategori bujang BPN. Dia ingin ketahui bila permohonannya akan diluluskan dan bilakah pembayaran akan dibuat memandangkan permohonannya masih belum diluluskan.
Siti memberi penjelasan bahawa setiap pemohon yang baru membuat permohonan atau membuat rayuan BPN dan telah diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.
Jelas di sini menyatakan bahawa setiap permohonan baru yang belum diluluskan atau sudah diluluskan akan menerima bayaran secara sekaligus pada bulan Mei 2020.
Ini bermakna anda tidak akan menerima sebarang bayaran pada bulan ini. Kerajaan akan selesaikan bayaran bagi yang sudah ada rekod terlebih dahulu.