Buntu Nak Pilih Hari Bahagia? Ini Cadangan Tarikh ‘Cantik’ Untuk Pilih Tarikh Kahwin Tahun 2023

Setiap pasangan pastinya menginginkan hari bahagia yang tiba sekali seumur hidup menjadi satu peristiwa yang akan diingati sehingga akhir hayat. Perancangan yang teliti adalah penting bagi memastikan hari terindah dalam kehidupan berlangsung tanpa cacat cela.

Oleh itu, pelbagai persiapan mestilah dilakukan seawal mungkin. Bukan sahaja dari segi persiapan tempat, barangan perkahwinan malah pemilihan tarikh juga merupakan satu simbolik untuk hari bahagia bagi pasangan yang mahu menamatkan zaman bujang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan senarai tarikh-tarikh cantik sesuai untuk dijadikan hari bahagia pada tahun 2023 nanti.

PEMILIHAN TARIKH UNTUK HARI BAHAGIA

Penularan pandemik COVID-19 sedikit sebanyak telah memberi impak kepada pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga. Dalam tidak sedar sebenarnya ramai pasangan yang terpaksa membatalkan hasrat mendirikan mahligai akibat daripada penularan wabak ini daripada tahun 2019 hingga 2021.

Nak Pilih Hari Bahagia? Ini Cadangan Tarikh 'Cantik' Untuk Pilih Tarikh Kahwin Tahun 2021 

Bagi yang memasang niat untuk melaksanakan perkahwinan pada tahun 2023, pemilihan tarikh awal adalah penting supaya perancangan dapat disusun dengan baik dan majlis berjalan lancar.

Ada juga segelintir pasangan memilih tarikh perkahwinan yang membawa maksud tersendiri atau melambangkan momen penting dalam hidup mereka seperti hari lahir, detik pertama kali berkenalan atau pada musim cuti umum.

TARIKH CANTIK UNTUK HARI BAHAGIA 2023

Selalunya kaum lelaki yang kerap melupakan hari bahagia. Sebab itulah tarikh yang signifikan penting bagi pasangan tidak mudah lupa tarikh penting tersebut. Nak lagi cantik, pasti pasangan cari hari cuti umum atau hari minggu kan?

Tidak perlu buntu lagi, anda boleh semak tarikh-tarikh yang dikongsikan ini bagi yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2023.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untu bantu bakal pengantin dan orang ramai yang nak pilih tarikh untuk dijadikan hari bahagia pada tahun 2023.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma