Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 Buat Penjawat Awam & Pesara Kerajaan
Kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan perkhidmatan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Pejabat Perdana Menteri memaklumkan pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dan menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.
Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam termasuk persara.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan khas kewangan akan diberikan mengikut kategori berikut:
- Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak, PSH dan lantikan di bawah MySTEP: RM700
- Pesara Kerajaan: RM350
TARIKH RASMI BAYARAN BONUS RAYA PENJAWAT AWAM
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada
- Tarikh bayaran: AKAN DIKEMASKINI
Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.
Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.