Tarikh Bayaran Rayuan BSH Yang Lulus Adalah Bermula 23 November Ini

Sekiranya anda merupakan salah seorang pemohon rayuan BSH 2020 pada Ogos lepas, sudahkan anda membuat semakan status rayuan anda? Semakan status rayuan boleh dibuat DI SINI.

Bagi yang tidak lulus permohonan, anda perlu kenalpasti maksud kod tidak lulus BSH anda. Sekiranya permohonan rayuan BSH anda lulus, ada berita baik buat anda! Tarikh pembayaran rayuan BSH 2020 kini telah diumumkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran rayuan BSH yang diluluskan.

TARIKH BAYARAN RAYUAN BSH 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 210,000 penerima telah lulus rayuan BSH 2020. Pembayaran ini akan memanfaatkan 192,000 isi rumah dan 18,000 penerima bujang (40-59 tahun) dengan anggaran peruntukan sebanyak RM231 juta.

Semakan status kelulusan permohonan rayuan boleh dibuat mulai 16 November 2020 DI SINI. Bagi rayuan yang diluluskan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan mulai:

  • Tarikh pembayaran rayuan BSH: 23 November 2020

Pembayaran BSH 2020 sebanyak RM231 juta kepada pemohon rayuan yang lulus menjadikan keseluruhan pembayaran BSH tahun ini sebanyak RM5 billion yang melibatkan 4.5 juta penerima merangkumi 3.95 juta isi rumah dan 550,000 penerima bujang (40 – 59 tahun).

Kerajaan sentiasa peka dan membantu dalam menjamin kelangsungan hidup rakyat. InsyaAllah bantuan kerajaan akan sentiasa diperhalusi dan pelaksanaan usaha ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Tarikh Bayaran Rayuan BSH Yang Lulus Adalah Bermula 23 November Ini

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma