Jadual & Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2023
Pasti penjawat awam sudah tidak sabar untuk semak tarikh bayaran gaji tahun 2023 kan? Tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan menamatkan tahun 2022 yang penuh kenangan ini. Jadi memang wajarlah untuk anda mula buat semakan jadual dan tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2023 untuk perancangan tahun hadapan!
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak jadual dan tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2023.
Isi Kandungan
PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia yang bertajuk Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan bagi Tahun 2023 dengan isi kandungan jadual dan tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2022.
Tujuan Surat Pekeliling tersebut dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan:
- Jadual pembayaran gaji penjawat awam tahun 2023
- Tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2023
- Peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap Kementerian/ Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh pembayaran gaji 2023 yang ditetapkan oleh ANM
JADUAL & TARIKH PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM TAHUN 2023
Semak tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2023 berikut:
Bagi pekerja bergaji hari, tarikh pembayaran gaji tahun 2022 adalah seperti berikut:
- Bayaran hendaklah bermula pada 1 hari bulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan
- Tarikh pembayaran gaji tahun 2023 adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh bekerja bulan berikutnya
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) dan tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2023, anda boleh rujuk kepada pihak berikut:
- Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1 Persiaran Perdana,
62594, Presint 2,
Putrajaya - u.p: Unit Pengurusan Prestasi
- Emel: unit_prestasi@anm.gov.my
- Tel: 03 – 8882 1624/ 1612/ 1622/ 1611