[Terkini] Hebahan Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Buat Golongan Isi Rumah & Bujang
Berita baik buat rakyat Malaysia! Kerajaan dikatakan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksanakan kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 disalur bulan depan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini akan memberi manfaat kepada penerima setiap isi rumah dan kategori bujang yang berkelayakan. Bantuan tunai rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan dengan bayaran fasa satu disalurkan awal iaitu Januari 2023, tidak Mac seperti diumumkan sebelum ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kadar dan tarikh bayaran Bantuan Tunai Rakyat.
Isi Kandungan
KADAR BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR) 2023
Kerajaan telah umumkan kadar Bantuan Tunai Rakyat (BTR) tahun 2023 seperti berikut:
- Ketua Isi Rumah (KIR): RM300
- Bujang: RM100
HEBAHAN TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR) 2023
Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR Fasa 1 pada:
- Fasa 1: Mulai 15 Januari 2023 secara berperingkat
Pemakluman mengenai tarikh pembayaran dan tarikh semakan pembayaran adalah tertakluk kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.
Perdana Menteri telah memaklumkan mengambil pertimbangan untuk menyegerakan kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutama (di) Terengganu (dan) Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir.
Buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima BTR 2023 tidak diumumkan secara terperinci dalam pembentangan Mini Bajet pada 20 Disember 2022.