Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan KPM RM150 Buat Setiap Pelajar Sekolah Di Malaysia

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Sebelum ini Bantuan Awal Persekolahan diberikan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar yang layak. Namun bagi tahun 2023, Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar Bantuan Awal Persekolahan kepada RM150.

Kementerian Pendidikan Malaysia kini telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan tarikh bayaran rasmi yang akan dibuat kepada setiap murid sekolah.

KRITERIA KELAYAKAN

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya
  • Bagi tahun 2023, bantuan ini diberikan kepada SEMUA murid sekolah TANPA mengambil kira had pendapatan ibu bapa
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

TARIKH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Bagi mengatasi isu generasi tercicir ekoran pandemik COVID-19, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada:

  • Januari 2023

Kadar bayaran Bantuan Awal Persekolahan yang akan diberikan adalah sebanyak:

  • RM150

KAEDAH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KPM

Pemberian BAP akan dibuat melalui kaedah berikut:

  • Secara tunai atau dikredit ke akaun bank murid yang mempunyai akaun bank
  • Sekiranya pemberian secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut SOP yang dikeluarkan

KPM yakin pemberian BAP ini akan dapat membantu ibu bapa/ penjaga membuat persiapan awal anak-anak untuk memulakan persekolahan bagi sesi akademik 2023/2024.

INFO PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma