BPR 2021: Permohonan & Kemaskini Sehingga 25 Februari. Mohon & Semak Segera
Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka sehingga 15 Februari kini telah dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021. Ini bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak serta mengambil kira pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi yang masih belum buat permohonan, pastikan anda buat segera melalui beberapa kaedah yang diperkenalkan. Manakala pemohon telah menghantar permohonan atau kemaskini dinasihatkan untuk semak semula status penghantaran permohonan anda, sama ada berjaya dihantar atau tidak.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat permohonan BPR sebelum tarikh tutup & semak status penghantaran permohonan BPR.
Isi Kandungan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan dan kemaskini BPR dilanjutkan sehingga:
- 25 Februari 2021
KADAR BAYARAN BPR 2021
Kadar bayaran BPR 2021 akan dibuat mengikut kategori seperti berikut:
3 KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan BPR 2021 boleh dilakukan sehingga 25 Februari 2021 melalui salah satu kaedah berikut:
Mohon BPR 2021 Secara Online
Permohonan BPR 2021 secara online adalah melalui pautan berikut:
Mohon BPR 2021 Melalui Borang
Borang Permohonan BPR 2021 boleh dicetak oleh pemohon melalui pautan berikut:
Hadir Ke Kaunter
Permohonan BPR 2021 juga boleh dibuat dengan hadir ke beberapa tempat berikut:
- Cawangan LHDNM
- Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR 2021 dan Dokumen Sokongan BPR.
Semak: Dokumen Sokongan BPR.
SEMAK STATUS PENGHANTARAN PERMOHONAN
Bagi pemohon yang telah membuat permohonan atau kemaskini permohonan BPR, anda dinasihatkan untuk membuat semakan semula untuk:
- Pastikan permohonan/ pengemaskinian telah BERJAYA dihantar dan DITERIMA oleh pihak LHDN
Orang ramai boleh semak semula status penghantaran permohonan diterima atau tidak melalui 2 kaedah berikut:
- Semakan Status Permohonan BPR 2021
*Jika mendapat status PERMOHONAN DITERIMA, itu bermakna permohonan anda telah berjaya dihantar.
- Semak PETI MEL MyBPR
*Pastikan anda menerima peti mel seperti berikut bagi memastikan permohonan anda telah BERJAYA dihantar.
Bila dah pastikan permohonan BPR anda telah berjaya dihantar, anda hanya perlu tunggu tarikh semakan status permohonan BPR 2021 diumumkan untuk ketahui anda lulus atau tidak.
JADUAL PEMBAYARAN BPR 2021
Bagi setiap permohonan BPR yang lulus, pembayaran akan dilakukan melalui 2 fasa iaitu fasa pertama dan fasa kedua. Fasa pertama bayaran BPR dimaklumkan akan bermula pada:
- Fasa Pertama BPR: Mulai 24 Februari 2021
Pemohon yang layak akan terima jumlah bayaran BPR Fasa Pertama seperti yang ditetapkan. Untuk ketahui tarikh duit masuk bagi fasa seterusnya, semak:
KAEDAH PEMBAYARAN BPR 2021
Bayaran BPR pada tarikh yang ditetapkan akan dilakukan melalui salah satu kaedah berikut:
- Kredit ke akaun bank
- Tuntutan di cawangan BSN
Macam mana nak tahu bayaran anda akan dikreditkan terus ke akaun bank atau perlu membuat tuntutan di BSN?
Rujuk: Kaedah Bayaran BPR Kepada Pemohon Yang Layak
Orang ramai dinasihatkan untuk buat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 15 Februari 2021. Permohonan yang dihantar selepas tarikh tersebut akan DITOLAK. Jangan terlambat, pastikan permohonan anda berjaya dihantar sebelum tarikh tersebut.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke cawangan LHDN berdekatan atau hubungi talian Hotline BPR LHDN di 1-800-88-2747.