Proses Tapisan Kemasukan Kerja Kerajaan (SPA) Yang Calon Perlu Lalui
Ramai orang mengimpikan untuk bekerja dalam sektor kerajaan kerana pelbagai kelebihan yang ditawarkan. Sebab itulah setiap permohonan jawatan yang dibuka beribu-ribu orang akan memohon. Kata orang, nak memasuki kerja kerajaan bukan satu perkara yang mudah, betul ke?
Sebenarnya susah atau tidak itu adalah berdasarkan kemampuan masing-masing. Suruhanhaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menetapkan beberapa tapisan bagi memproses kemasukan calon dan membuat pemilihan calon yang betul-betul layak.
Setiap calon wajib lalui dan LULUS semua tapisan sebelum pelantikan seperti yang ditetapkan. Bagi calon yang masih belum tahu, ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui proses tapisan kemasukan kerja kerajaan yang ditetapkan.
Isi Kandungan
PROSES TAPISAN KEMASUKAN KERJA KERAJAAN
Tapisan 1 – Pendaftaran SPA9
Seperti yang kita sudah sedia maklum, semua permohonan kerja kerajaan perlu dibuat melalui Sistem Pendaftaran pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) yang dulu dikenali sebagai SPA8i. Calon yang berminat kerja kerajaan tetapi masih belum buat pendaftaran akaun SPA9 boleh buat sekarang di pautan berikut:
Permohonan jawatan di SPA9 adalah dibuka sepanjang masa. Namun pengambilan adalah berdasarkan kekosongan semasa di sesuatu jabatan. Calon dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan jawatan kosong semasa yang ditawarkan oleh pihak SPA di laman kerjaya.co, graduan.co atau laman rasmi SPA.
Baca: Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan
Tapisan 2 – Semakan Kelayakan Calon
Bila dah buat pendaftaran, anda dah boleh buat permohonan kerja kerajaan. Pastikan kelayakan jawatan yang dipohon adalah SESUAI dengan kelayakan calon. Bila dah selesai hantar permohonan, calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan beberapa faktor lain.
Baca juga: Sebab-sebab Anda Tidak Melepasi Syarat Permohonan Di SPA & Tidak Mendapat Tawaran
Calon yang berkelayakan akan mendapat status MELEPASI SYARAT DITETAPKAN manakala calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akan mendapat status TIDAK MELEPASI SYARAT DITETAPKAN. Ketahui maksud-maksud status permohonan SPA yang dipaparkan DI SINI.
Tapisan 3 – Peperiksaan Online
Bila dah melepasi syarat-syarat pelantikan sesuatu jawatan, calon akan dimaklumkan untuk menduduki peperiksaan yang dijalankan secara online. Makluman adalah melalui email yang didaftarkan. Seksyen soalan adalah tidak sama bagi setiap jawatan, namun calon perlu tahu seksyen soalan yang ada adalah:
- Seksyen A: Pengetahuan Am
- Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris
Calon WAJIB lulus semua peperiksaan untuk ke tapisan seterusnya.
Tapisan 4 – Ujian Psikometrik
Satu lagi peperiksaan online yang dijalankan oleh SPA ialah ujian psikometrik. Ujian ini lebih kepada penilaian personaliti, sikap dan daya tahan terhadap tekanan kerja. Pada masa ini, calon sudah tidak perlu hadir ke lokasi ditetapkan, SPA memudahkan proses ini dengan menjalankan secara online.
Ada beberapa jawatan khusus termasuk PTD, Kastam dan beberapa jawatan lain tidak perlu menerusi ujian psikometrik kerajaan ujian PAC digunapakai.
Baca: Kaedah & Kriteria Penilaian Dalam Ujian Psikometrik Oleh Pihak SPA
Tapisan 5 – Temuduga Kerja
Dah LULUS dan melepasi semua tapisan di atas, calon akan dipanggil temuduga. Nak sampai ke tahap temuduga, bukan senang. Tak semua calon berpeluang untuk hadiri temuduga kerajaan, jadi calon yang dapat tawaran temuduga mestilah buat yang sebaiknya!
Temuduga dibuat bertujuan membuat penilaian akhir mengenai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan jawatan di agensi terlibat.
Baca: Lulus Temuduga SPA, Calon Ini Kongsikan Tips Mudah Lulus Temuduga Kerajaan
Pelantikan Sementara ~ Pelantikan Tetap
Selesai temuduga adalah saat yang paling melegakan bagi setiap calon. Setelah selesai, calon yang berjaya dan lulus temuduga akan diumumkan dan diberikan surat tawaran pelantikan sementara untuk skim perkhidmatan yang dipohon.
Bila dah sampai tahap ini, anda sudah dikira berada sebelah kaki dalam kerja kerajaan. Tapi jangan terlalu selesa, masih ada kemungkinan anda dibuang kerja atau tidak disambung kontak. Oleh itu calon mestilah bekerja dengan menunjukkan prestasi yang baik sehingga mendapatkan pelantikan tetap.
Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran kepada calon yang tidak tahu bagaimana proses tapisan kemasukan kerja kerajaan.
Baca juga: Perjalanan & Tapisan Untuk Menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Yang Perlu Calon Tahu