Sediakan Putik Kapas (Cotton Bud) Dalam Lif, Tindakan Pasukan Sukarelawan Ini Di Puji
Seperti yang ramai ketahui, pembersih tangan (hand sanitizer) di kebanyakan tempat telahpun kehabisan stok. Bahkan ada di antara peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual pembersih tangan itu pada harga yang lebih tinggi di pasaran.
Namun, aktiviti harian tetap perlu diteruskan sama ada nak atau tidak. Berada di luar bermakna risiko untuk dijangkiti meningkat jika langkah pencegahan sewajarnya tidak diamalkan.
Dalam usaha untuk menjalankan tanggungjawab sosial dalam komuniti. Sebuah pertubuhan sukarela di Singapura telah mengambil inisiatif bijak dalam usaha membantu masyarakat. Terutamanya yang berada di luar rumah untuk melakukan aktiviti harian mereka.
Pertubuhan Volunteer Community Patrol (Volunteer Patrol) Singapura telah kongsikan di Facebook mereka inisiatif yang mereka jalankan untuk membantu masyarakat.
Berikut merupakan posting asal mereka:
Penggunaan cotton bud di atas telah membantu pengguna untuk tidak bersentuhan dengan permukaan dan juga butang lif
Isi Kandungan
PUTIK KAPAS UNTUK ELAKKAN SENTUHAN DIRECT DENGAN BUTANG LIF
Pertubuhan Volunteer Community Patrol telah melancarkan program “PICK A BUD, PRESS A BUTTON”. Di mana mereka telah menyediakan putik kapas telinga di dalam lif di Singapura.
Bukan itu sahaja, mereka turut menyediakan tempat pembuangan khas untuk putik kapas yang telah digunakan.
Dengan cara ini, mereka berharap pengguna akan bebas dari menyentuh permukaan lif terutamanya di bahagian butang-butang lif yang dikhuatiri menjadi tempat pencemaran COVID-19.
BAGAIMANA MENGGUNAKAN COTTON BUD YANG DISEDIAKAN
1. Hanya pilih satu cotton bud tanpa menyentuh yang lain
2- Tekan butang lif yang anda kehendaki
3- Selepas itu buang cotton bud yang telah anda gunakan tadi ke dalam bekas yang disediakan.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL SUKARELAWAN
Sebenarnya pertubuhan sukarelawan di negara kita juga boleh menjalankan aktiviti sebegini sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Walaupun, program ini nampak seperti “biasa-biasa” sahaja namun ianya membantu masyarakat secara umumnya.
Dengan Langkah sebegini di harap penyebaran COVID-19 dapat dihentikan.