Tambahan Bantuan Khas RM400 Buat Penjawat Awam Kelantan Dibayar Januari 2021

Berita baik buat kakitangan penjawat awam negeri Kelantan. Kerajaan negeri Kelantan semalam telah mengumumkan pemberian tambahan bantuan khas sebanyak RM400 lagi kepada setiap penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan berita baik tersebut sempena Amanat Khas Tahun baharu 2021 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim semalam.

Tambahan bantuan khas yang diumumkan itu melibatkan seramai 6,854 penjawat awam negeri Kelantan dan tarikh pembayaran telah ditetapkan, iaitu pada bulan ini.

JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN

Penambahan bantuan khas yang diumumkan itu telah menjadikan penjawat awam bakal menerima bantuan keseluruhan sebanyak:

  • RM1,000 setiap orang

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran keseluruhannya akan dibuat pada:

  • Tarikh pembayaran: 21 Januari 2021

Ahmad berkata, pemberian tambahan berkenaan berikutan prestasi kewangan tahun 2020 menunjukkan akaun semasa kerajaan negeri mencatatkan kedudukan lebihan sebanyak RM45.44 juta.

Lantikan politik juga penerima tambahan iaitu daripada RM300 kepada RM500 setiap orang.

Baca juga: Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan 2021

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Selain daripada tambahan bantuan kerajaan negeri, semua penjawat awam di seluruh Malaysia juga akan menerima bantuan berjumlah:

  • Penjawat Awam: RM600
  • Pesara Kerajaan: RM300

Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan 2021 Penjawat Awam dan Pesara yang ditetapkan adalah adalah pada 25 Januari 2021.

Baca: Senarai Penjawat Awam Yang Layak & Tidak Layak Mendapat Bantuan Khas Kewangan

Semoga pemberian ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang cemerlang bagi tahun yang akan datang.

Sumber

Baca juga: Jadual & Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2021

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma