Ada Pertanyaan Berkenaan STR 2023? Ini Senarai Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDN Untuk Dihubungi

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik. Perdana Menteri telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah 2023, anda boleh hubungi talian berkaitan seperti yang dikongsikan di bawah.

TALIAN YANG BOLEH DIHUBUNGI BERHUBUNG STR 2023

Berikut adalah senarai talian yang anda boleh hubungi untuk sebarang pertanyaan berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023:

  • Hotline Bantuan Khas Kerajaan LHDNM
    1800-88-2747
  • Hotline Bantuan Khas Kerajaan MoF
    03 8882 4565/ 03 8882 4566
  • Emel:
    bkm@treasury.gov.my

Talian Bantuan Khas Kewangan Kerajaan Cawangan LHDNM:

Anda juga boleh dapatkan info lanjut berkenaan STR 2023 di laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma