Kad Bank Hilang, Terus Hubungi Talian Bank Ini Untuk Sekat Penggunaan Kad Anda
Kehilangan kad bank memang perkara yang sering berlaku dalam kalangan kita atas sebab kecuaian diri sendiri ataupun lupa. Terlupa tempat meletakkan atau menjatuhkan dompet adalah sebab yang paling biasa. Apa yang menjadi ketakutan orang ramai apabila kad bank hilang adalah orang yang tak bertanggungjawab jumpa dan gunakan kad tersebut!
Sekiranya anda mengalami situasi ini, jangan gelabah! Anda boleh ikut langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan kad pengganti dan mengelakkan orang lain menggunakan kad anda dan anda boleh terus buat kad baharu.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai talian bank yang perlu dihubungi apabila menyedari kad bank anda hilang bagi menyekat penggunaan kad anda.
Isi Kandungan
TINDAKAN JIKA KAD BANK HILANG
1 Block Kad Bank
Langkah pertama yang perlu anda lakukan selepas kehilangan kad debit atau kredit ialah melakukan block kad atau sekat kad ATM tersebut. Bagaimana nak block kad ni, mudah ke?
Jawapannya mudah sahaja, sila hubungi perkhidmatan customer service bank anda seterusnya maklumkan bahawa anda kehilangan kad debit/kredit.
Pegawai Bank Rakyat akan segera membantu anda untuk menyekat kad ATM tersebut sehingga wang dalam baki simpanan anda selamat. Mudah sahaja.
2 Caj Kad Bank Hilang
Ramai korang yang tidak tahu berapa sebenar denda kad bank hilang. Selaras semua bank di Malaysia, pihak bank akan mengenakan biaya pentadbiran sebanyak RM12.
Biaya tersebut digunakan untuk pembuatan kad baru untuk mengganti kad lama yang hilang.
Rujuk: Panduan Buat Kad Bank Baharu
TALIAN BANK UNTUK SEKAT PENGGUNAAN KAD
Sebaik sahaja anda menyedari bahawa kad bank anda hilang, pastikan anda hubungi institusi bank bagi kad tersebut di talian berikut:
- Maybank: 1 300 88 6688
- Bank Simpanan Nasional: 1 300 88 1900
- CIMB: 03 6204 7788
- RHB: 03 9206 8118
- Public Bank: 03 2179 5000
- Bank Rakyat: 03 2692 4600
- Bank Islam: 03 2690 0900
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda yang kehilangan kad bank. Ingat, jangan sesekali cuai hilangkan kad bank anda. Jika berlaku, bertindak segera dengan langkah yang dikongsikan di atas bagi mengelakkan wang dalam bank anda habis digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.