Tak Boleh Keluar Bekerja? Ini 7 Idea Cara Buat Duit Dari Rumah Sepanjang Tempoh PKP

Sudah buntu duduk rumah sepanjang PKP? Pasti ramai yang mengeluh kerana ramai yang terpaksa dicutikan tanpa gaji dari kerja seketika bagi memberi laluan dan memudahkan keranaan menangani penularan COVID-19.

Peniaga pula terpaksa menerima nasib PKP yang memberi kesan kepada pendapatan mereka terutamanya peniaga kecil yang tidak dapat berniaga. Tidak kurang juga bagi yang hilang pendapatan apabila tempat bekerja tidak dapat meneruskan operasi seperti biasa.

Sepanjang tempoh PKP apa yang anda lakukan? Tahukah anda terdapat beberapa cara yang anda lakukan untuk memperoleh pendapatan walaupun hanya bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP?

Jangan hanya duduk saja di rumah dan menunggu bulan jatuh ke riba. Bertindaklah sekarang dan penuhkan poket anda dengan lakukan sesuatu!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui 7 cara untuk anda buat duit sepanjang tempoh PKP.

IDEA BUAT DUIT DARI RUMAH SEPANJANG PKP

1. Blogging

Anda merupakan seorang yang suka menulis? Anda suka ulaskan isu semasa? Apa kata anda ambil peluang ini dengan membuka blog baru untuk anda ulaskan apa di fikiran anda. Sepanjang tempoh PKP pasti bosan kan. Ini lah masanya untuk anda mula blogging dari rumah.

Jika ada rezeki, mungkin blog anda akan dibaca oleh ramai orang dan anda akan mendapat bayaran daripada Google. Apa yang penting adalah blog anda mempunyai konten yang menarik minat orang untuk membaca dan mungkin anda juga boleh kongsikan perkara ilmiah untuk bacaan umum.

2. Vlogging

Anda suka bercakap? Anda mempunyai topik menarik untuk dicakapkan ketika di rumah? Vlogging adalah salah satu cara untuk anda yang suka tonjolkan diri kepada umum mencari pendapatan. Jika anda bijak untuk ulaskan suatu perkara dengan menarik dan pandai mengambil perhatian orang, anda boleh mulakan vlog anda sepanjang tempoh PKP.

Paparkan vlog anda di Youtube dapat menjana pendapatan yang agak lumayan jika anda komited dan mempunyai konten yang menarik untuk ditonton umum. Contohnya anda boleh ulaskan tentang perkara ilmiah, cakap tetang isu semasa, skincare, makeup dan lain-lain lagi.

Apa yang penting adalah anda rajin mencari konten dan bijak dalam mengendalikan konten yang dibuat.

3. Perniagaan makan dari rumah

Jika anda merupakan seorang yang suka memasak dan mempunyai kelebihan dalam menghasilkan makanan yang sedap, apa kata anda jual makanan anda kepada orang lain. Walaupun sepanjang tempoh PKP ramai orang duduk di rumah, sebenarnya ada juga yang masih malas memasak sendiri ataupun sudah bosan dengan masakan di rumah.

Iklankan servis penghantaran makanan anda di media sosial yang sesuai. Lagi beruntung jika anda tinggal di kawasan perumahan dan perumahan bangunan.

4. Dropship produk

Dropship adalah satu bentuk perniagaan, di mana anda berfungsi sebagai orang tengah.’  Anda hanya perlu pasarkan produk, ambil pesanan dan hantar ke HQ untuk uruskan bab penghantaran.

Ini bermaksud anda tidak perlu fikirkan untuk jaga stok dan uruskan bab penghantaran. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mencari pelanggan. Sebenarnya ramai orang yang mempunyai kerja hakiki mencari pendapatan sampingan dengan melakukan dropship.

Anda boleh cuba jadi dropship sesuatu produk ketika PKP ini. Semakin banyak pelanggan yang anda dapat, semakin banyaklah pendapatan anda. Kunci untuk menjadi dropship adalah ‘rajin’.

5. Runner Kedai Runcit Kawasan

Dalam saat genting penularan wabak COVID-19, ramai orang yang masih tidak berani untuk keluar dari rumah walaupun untuk membeli barangan keperluan rumah. Nak keluar takut, tapi barang keperluan tetap perlu di beli.

Inilah peluang anda untuk menjadi runner dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran barang dari kedai runcit berdekatan ke rumah yang memerlukan barangan keperluan. Cuba anda pergi ke kedai runcit berdekatan dan tawarkan servis menjadi runner kepada kedainya.

Pasti mereka suka kerana ini akan memudahkan pelanggan mereka.

6. Servis Pekakas Elektrik & Komputer

Ini adalah kelebihan buat anda yang mempunyai kemahiran dalam membaiki atau ilmu dalam elektrik seperti mesin basuh, pendingin hawa, peti sejuk, komputer dan lain-lain. Inilah masanya anda mengiklankan kepakaran dengan menawarkan perkhidmatan membaiki pekakas elektrik  menggunakan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp agar diketahui ramai.

Perkara sama juga boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai kemahiran membaiki komputer. Dalam keadaan sekarang ini tentu ramai yang bekerja dari rumah.

Jadi, sudah tentu ramai yang mengalami masalah komputer mahupun komputer riba. Sudah tentu kepakaran anda diperlukan agar mereka boleh terus melaksanakan kerja masing-masing.

7. Khidmat Graphic Designing Atau Multimedia

Bagi pereka grafik yang direhatkan daripada kerja hakiki, anda boleh menawarkan kemahiran dimiliki kepada peniaga dalam talian.

Dalam tempoh PKP ini, peniaga dalam talian masih sibuk meneruskan perniagaan masing-masing. Sudah tentu mereka memerlukan khidmat individu yang mahir membuat reka letak melibatkan poster promosi produk jualan yang aktif dikongsi di media sosial.

Apa yang perlu dilakukan cuma uar-uarkan perkhidmatan ditawarkan sehingga sampai kepada golongan berkenaan dengan tawaran harga menarik dengan hasil kreatif.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua sepanjang PKP berlangsung. Sesuatu perlu dilakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Cuma lakukannya dengan sebaik mungkin tanpa memudaratkan diri dan menjejaskan kesihatan orang lain.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma