Permohonan Bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT Kini Dibuka
Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta’zim (PDT) kini dibuka! Tawaran bantuan kewangan kepada mereka yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana serta menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
TPSPDT diperkenalkan sejak tahun 2016 bertujuan membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan melalui pemberian kewangan secara one-off. Program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dibuka sepanjang tempoh berikut:
- 1 Julai – 31 Julai 2022
SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat permohonan yang perlu dipenuhi:
-
Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian Ijazah Sarjana yang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus / penyelidikan / campuran secara sepenuh atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.
-
Pemohon mestilah menetap di negeri Johor.
-
Keutamaan adalah kepada pemohon yang lahir di negeri Johor.
-
Tiada had umur ditetapkan
-
Bagi pemohon yang tidak bekerja dan sekiranya pemohon / keluarga berdaftar dengan ‘e-kasih’ maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Daerah berhampiran.
-
Pendapatan isi rumah pemohon yang sedang bekerja haruslah tidak melebihi RM4,360.00 sebulan (B40).
-
Tempoh mengikuti pengajian Ijazah Sarjana mestilah berbaki lebih dua semester daripada tempoh permohonan.
-
Pemohon belum pernah menerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA).
-
Penerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT adalah diwajibkan untuk menyertai program anjuran Permodalan Darul Ta’zim selama lima (5) tahun iaitu dari tarikh bantuan diterima.
DOKUMEN WAJIB
Berikut adalah senarai dokumen yang WAJIB disertakan bersama borang permohonan:
- Dokumen sokongan pemohon menetap di negeri Johor (Alamat di dalam kad pengenalan/Sijil Tamat Sekolah Rendah dan Menengah)
- Salinan sah surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam
- Salinan sah Kad Pengenalan pemohon, ibu bapa/penjaga/ pasangan
- Salinan sah slip gaji pemohon (jika berkahwin – slip gaji pasangan), slip gaji ibu bapa/penjaga atau penyata bersara ibu bapa/penjaga atau akuan bersumpah pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga/pasangan (jika tiada slip gaji)
- Salinan transkrip akademik/keputusan peperiksaan terkini
- Sijil kematian/penceraian (jika berkaitan)
- Sijil-sijil penyertaan program/aktiviti di peringkat negeri (jika ada)
CARA MEMOHON
Pelajar yang memerlukan bantuan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh buat permohonan sekarang sebelum tarikh tutup iaitu 31 Julai 2022. Pelajar hanya perlu muat turun Borang Permohonan yang disediakan di bawah dan hantar ke alamat email:
- secretariat@rajazarithsofiah.foundation
Lengkapkan borang permohonan dan sediakan dokumen wajib lalu hantar ke alamat emel berikut sebelum tarikh tutup. Pastikan juga anda sertakan Borang Pengesahan Pendapatan Ibu bapa/ penjaga/ pasangan sekiranya bekerja sendiri.
Download borang di bawah.
BORANG PERMOHONAN TABUNG PENDIDIKAN SARJANA PDT
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke https://www.pdt.com.my/