Syarat Kelayakan Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa anda TIDAK PERLU membuat sebarang permohonan baru sekiranya anda LAYAK menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang lepas.
Seperti yang telah ditetapkan, permohonan baru BPN 2.0 adalah dibuka kepada individu yang tidak menerima BPN yang lepas sahaja mulai 15 Oktober.
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan sahaja layak untuk menerima BPN2.0.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BARU BPN 2.0
Pemohon yang layak membuat permohonan baharu BPN 2.0 adalah bukan penerima BPN 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
Kategori BPN 2.0 B40
i. Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah.
ii. Bujang
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
iii. Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Kategori BPN 2.0 M40
i. Isi rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; dan
- Pendapatan Isi Rumah bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000.
ii. Bujang
- Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
- Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
- Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000
iii. Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Untuk makluman anda, pembayaran bagi permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2020. Semakan status permohonan boleh dibuat DI SINI.
PERMOHONAN BARU BPN 2.0
Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan. Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Permohonan baru BPN 2.0 bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh dibuat melalui pautan berikut:
Sekiranya anda mempunyai sijil SSM atau PBT, anda boleh membuat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) yang dibayar RM3,000 secara one off. Baca DI SINI untuk permohonan GKP.