Ibu Bapa 60 Tahun Ke Atas Belum Dipanggil Suntik Vaksin? Ini Cara Dapat Tarikh Segera

Anda dah buat pendaftaran vaksinasi untuk ibu bapa anda melalui MySejahtera atau laman web, tetapi belum dipanggil untuk vaksinasi? Untuk makluman anda, sekarang ini program vaksinasi fasa kedua, iaitu melibatkan golongan warga emas dan golongan berisiko masih berjalan.

Individu dalam golongan ini masih boleh buat pendaftaran segera untuk dapatkan vaksin masing-masing. Bagi warga emas yang sudah mendaftar lebih daripada sebulan tetapi masih tidak mendapat  tarikh suntikan, anda perlu ikut langkah yang akan dikongsikan bagi mendapatkan tarikh suntikan vaksin segera.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tindakan yang perlu dilakukan sekiranya warga emas 60 tahun ke atas yang sudah daftar tetapi belum dapat panggilan suntikan vaksin sehingga kini.

CARA DAPAT TARIKH VAKSINASI SEGERA

Berikut adalah panduan mendapatkan tarikh vaksinasi segera untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas:

  1. Buka aplikasi MySejahtera di telefon pintar anda
  2. Klik Helpdesk
    Ibu Bapa 60 Tahun Ke Atas Belum Dipanggil Suntik Vaksin? Ini Cara Dapat Tarikh Segera
  3. Klik Mula
    Ibu Bapa 60 Tahun Ke Atas Belum Dipanggil Suntik Vaksin? Ini Cara Dapat Tarikh Segera
  4. Klik Pilihan B
    Ibu Bapa 60 Tahun Ke Atas Belum Dipanggil Suntik Vaksin? Ini Cara Dapat Tarikh Segera
  5. Pilihan sama ada Pilihan A atau B (mana-mana yang berkaitan)
    Ibu Bapa 60 Tahun Ke Atas Belum Dipanggil Suntik Vaksin? Ini Cara Dapat Tarikh Segera
  6. Klik Ok
    Ibu Bapa 60 Tahun Ke Atas Belum Dipanggil Suntik Vaksin? Ini Cara Dapat Tarikh Segera

Anda boleh semak tarikh tamu janji vaksinasi ibu bapa di aplikasi MySejahtera anda setelah hantar. Warga emas yang didaftarkan akan mendapat tarikh segera untuk suntikan vaksinasi.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma