Nak Tulis Summary Resume Yang Power? Ini Panduan Ringkas & Padat Untuk Anda!

Pengenalan

Ramai antara kita bila mula nak buat resume, mesti akan pening bahagian “Summary” di atas tu. Nak tulis macam mana? Nak letak ayat puitis ke? Atau biar kosong je sebab tak tahu nak karang apa? Padahal, bahagian inilah yang akan jadi perhatian pertama si penemuduga bila buka resume kita. Kalau kena gaya, mereka akan terus tertarik untuk baca sampai habis!

Bahagian summary ni sebenarnya ringkasan tentang siapa diri kita dalam dunia kerjaya – macam perkenalan diri tapi lebih profesional. Kalau kita tahu cara susun ayat dengan tepat, ia boleh jadi senjata paling kuat untuk menonjolkan diri kita dari ratusan calon lain.

Dalam artikel ini, kami kongsikan cara paling mudah, struktur yang jelas, serta contoh-contoh sebenar ikut jenis jawatan. Tak kisahlah anda lepasan SPM, graduan diploma, atau pun dah ada pengalaman kerja – semua ada panduan masing-masing.

Jadi, kalau anda nak resume anda nampak kemas, profesional, dan mudah difahami majikan, jom baca sampai habis. Artikel ini ditulis dalam gaya santai, supaya lebih senang hadam – tapi tetap padat dengan tips berguna!

Apa Itu Resume Summary?

Bahagian ini ialah ringkasan pendek (3–5 baris) di bahagian paling atas resume. Ia menceritakan:

  • Siapa anda dalam dunia kerja
  • Kemahiran paling kuat anda
  • Pengalaman kerja yang paling relevan
  • Nilai tambah yang anda boleh bawa ke syarikat

Tujuannya? Untuk tarik perhatian majikan dalam 6 saat pertama!

Artikel Berkaitan: Contoh Ayat Prompt Resume, Cover Letter & 10 Contoh Soalan Interview Dalam Bahasa Malaysia

Ciri-Ciri Resume Summary Yang Padu

Kalau nak hasilkan summary yang “padu”, pastikan:

  • Pendek, padat dan straight to the point
  • Guna kata kerja aktif (contoh: “mengurus”, “menyediakan”, “menyelia”)
  • Fokus pada kemahiran & pengalaman yang berkaitan
  • Jangan guna ayat klise (nanti nampak macam copy-paste dari Google je)

Baca Juga: 8 Jenis Resume Asas Serta Perbezaannya Yang Pencari Kerja Kena Tahu

Struktur Ringkas

[Jawatan/gelaran] + Tahun Pengalaman + Kemahiran Utama + Nilai Ditawarkan

Contohnya:

“Kerani berpengalaman 3 tahun dalam pengurusan pejabat, mahir Microsoft Office dan penyediaan dokumen HR. Cekap susun data dan urus fail. Sentiasa siap tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan.”

Contoh Summary Resume Ikut Bidang

Untuk Kerani

Kerani dengan 3 tahun pengalaman dalam urusan dokumen pejabat dan HR. Mahir menggunakan sistem Microsoft Office dan sistem fail e-kerajaan. Teliti, berdedikasi dan cepat belajar.

Untuk Lepasan SPM

Lepasan SPM aliran Sastera, aktif dalam kokurikulum dan berpengalaman dalam kerja sukarela. Mahir asas Microsoft Office, mudah sesuaikan diri, dan bersedia menerima latihan.

Untuk Juruteknik

Lepasan SKM tahap 3 bidang elektrik. Mempunyai pengalaman latihan industri 4 bulan di kilang pembuatan. Mahir pendawaian asas, penggunaan alat tangan, dan amalan keselamatan kerja.


Elakkan Ayat Seperti Ini…

  • “Saya sangat berdedikasi dan bersemangat.” (terlalu umum)
  • “Mahu menimba pengalaman baru.” (majikan nak tahu anda mampu buat kerja sekarang)
  • “Boleh bekerja dalam tekanan.” (lebih baik beri contoh situasi sebenar)

Baca Ini: Cara Mudah Update Resume Di LinkedIn: Terkini 2025


Tips Akhir

  • Sesuaikan setiap summary mengikut jawatan yang dipohon
  • Semak ejaan dan bahasa – ringkas tapi mantap
  • Gunakan kata kunci dari iklan kerja – ini bantu anda lepas saringan sistem ATS

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma