Apakah Sumbangan Yang Akan Anda Berikan Sekiranya Dipilih? Ini Jawapan Yang Bernas

Apakah sumbangan yang akan anda berikan kepada kerajaan/ jabatan? Soalan ini biasanya akan ditanya oleh penemuduga bagi jawatan sektor perkhidmatan awam. Tetapi syarikat swasta juga ada yang menanyakan soalan seperti ini. Sebagai persediaan sebelum temuduga, pastikan anda tahu apa yang akan anda sumbangkan kepada jabatan sekiranya dipilih!

Tak perlu hafal pun, anda hanya perlu baca contoh jawapan yang dikongsikan di bawah dan tetapkan bahawa berikut adalah matlamat anda apabila dapat tawaran kerja. Bila dah tetapkan matlamat untuk memberi sumbangan tersebut apabila terpilih, anda pasti dapat jawab dengan mudah semasa temuduga nanti.

Nak tahu contoh jawapan yang tepat jika ditanya sumbangan yang akan diberikan sekiranya dipilih? Ikuti perkongsian di bawah.

TIP JAWAB SOALAN SUMBANGAN KEPADA JABATAN

Berikut adalah beberapa tips untuk anda jawab soalan dengan mudah:

  • Mulakan dengan ucapan terima kasih atas soalan yang diberikan
  • Nyatakan minat dengan jawatan
  • Nyatakan sumbangan kepada jabatan/organisasi terdahulu (sekiranya ada)
  • Jika belum bekerja, nyatakan sumbangan anda seperti:
    – Saya menyokong dasar-dasar yang digubal oleh Kerajaan, membayar cukai kepada kerajaan seperti yang ditetapkan, sentiasa mematuhi SOP dalam memerangi Covid-19, menjadi sukarelawan, sentiasa mengekalkan keamanan negara, komuniti dengan berpegang teguh pada negara.

CONTOH JAWAPAN YANG TEPAT

Berikut adalah contoh jawapan yang tepat sekiranya ditanya apakah sumbangan yang akan diberikan sekiranya dipilih.

Mulakan ayat anda dengan:

“Harapan saya sekiranya saya diberikan peluang untuk memegang jawatan ini kelak , saya akan memberikan sumbangan yang lebih banyak kepada kerajaan, negara serta masyarakat kita”

Contoh 1

“Saya akan menjadi seorang yang berdedikasi dan berintegriti melakukan kerja seperti yang diamanahkan, menjadi seorang yang menjaga hal etika dan adab dalam bekerja serta saya akan membantu organisasi saya untuk mencapai kpi visi dan misi.”

Contoh 2

“Saya akan menyokong penuh atas usaha kerajaan dalam menjadikan ianya dikenali serta dapat menarik kepercayaan orang ramai bahawa kerajaan merupakan sesuatu institusi yang boleh diguna pakai oleh kebanyakan orang.”

Contoh 3

“Dengan pengalaman dan kemahiran yang saya ada, saya akan bekerjasama dengan pasukan untuk mencapai visi dan misi serta sentiasa percaya dengan prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.”

Contoh 4

“Pengalaman kerja terdahulu saya termasuk inovasi dalam banyak bidang, termasuk strategi untuk kerja berpasukan yang lebih berkesan. Di syarikat terdahulu saya, saya merangka strategi untuk meningkatkan kerja berpasukan dan komunikasi di kalangan anggota projek pasukan. Saya bukan sahaja dapat membawa idea-idea saya dari pekerjaan terdahulu, tetapi keghairahan umum saya untuk inovasi, kepada jabatan”

Contoh 5

“Saya akan membawa visi unik saya kepada syarikat anda. Saya berpengalaman dalam banyak bidang yang berkaitan dengan matlamat syarikat ini, termasuk memperluaskan jualan antarabangsa. Sebagai contoh, saya membantu meningkatkan jualan antarabangsa di syarikat terdahulu sebanyak lebih 25%. Latar belakang jualan saya, bersama-sama dengan keupayaan saya untuk merancang lebih awal, akan membantu memudahkan pertumbuhan itu.”

Ini adalah idea ringkas sahaja. Anda boleh huraikan  lagi pendapat ini sesuai dengan kemahiran dan pengalaman yang anda ada bagi mengukuhkan lagi jawapan dan memberi keyakinan yang maksimum kepada jabatan bahawa anda akan memberi sumbangan kepada jabatan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma