Subsidi Penjagaan Anak PENJANA, Terima eBaucar RM800

Beberapa insentif telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi memudahkan peralihan kepada norma baharu kehidupan harian.

Salah satunya bagi yang bekerja dari rumah, kerajaan akan membantu ibu bapa melalui subsidi dan insentif perbelanjaan perkhidmatan penjagaan anak.

Seramai 8,000 pengendali taska, 5,000 isi rumah dan 10,000 penjaga kanak-kanak baharu akan menerima manfaat ini.

Bagi ibu bapa yang terpaksa bekerja dari rumah dan pada masa yang sama perlu menjaga anak di rumah, ketahui beberapa inisiatif yang diperkenalkan sesuai buat anda dalam penjagaan anak.

Baca juga: Cara Daftar Ibu Tunggal Online Dan Kelebihan Yang Bakal Diterima

Berikut adalah subsidi penjagaan anak yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memudahkan urusan ibu bapa yang perlu bekerja dari rumah dan pengendali taska yang perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

INSENTIF PENJAGAAN ANAK

Subsidi Penjagaan Anak PENJANA, Terima eBaucar RM800

eBaucar RM800

Ibu bapa yang bekerja dari rumah layak untuk mendapat eBaucar bernilai RM800 untuk mendapatkan perkhidmatan pengasuh mobil. Pengasuh Mobil adalah pengasuh yang bertugas menjaga anak anda di rumah anda sendiri.

Ibu bapa boleh menuntut eBaucar sebanyak RM800 sehingga penghujung Ogos 2020.

Kenaikan Had Pelepasan Cukai Pendapatan Individu

Kerajaan juga menaikkan had pelepasan cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada pusat asuhan dan taman didikan kanak-kanak dari RM2,000 kepada RM3,000 bagi tahun taksiran 2020 dan 2021.

Geran RM5,000 Kepada Pengendali Taska

Geran secara one-off sehingga RM5,000 kepada pengendali taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sehingga 31 Disember 2020 untuk memenuhi SOP penjagaan kesihatan baharu.

Insentif ini adalah untuk menggalakkan pusat asuhan kanak-kanak mengamalkan norma baharu dan pengiktirafan premis.

Subsidi Penjagaan Anak PENJANA, Terima eBaucar RM800

Baca juga: 7 Cara Cegah Kluster Pusat Asuhan Dan Tadika, Ibu Bapa Perlu Ambil Perhatian Untuk Keselamatan Anak-Anak

Insentif Melatih Pengasuh Baru

Insentif untuk melatih pengasuh baharu bagi penjagaan kanak-kanak dan kursus pendidikan awal di bawah KPWKM. Selain daripada penjagaan umum kanak-kanak latihan ini adalah bagi membangunkan pengasuh yang berkelayakan juga berpengetahuan dalam bidang nutrisi, kesihatan dan keselamatan, pembelajaran, perkembangan emosi, sosial, fizikal, bahasa dan intelek kanak-kanak.

Subsidi Penjagaan Anak PENJANA, Terima eBaucar RM800

Sebarang maklumat lanjut mengenai insentif penjagaan anak ini akan dikemaskini dari masa ke semasa kerana pelaksanaan subsidi ini dijangka akan berlangsung mulai Julai 2020.

Baca juga: Intipati PENJANA/ Pelan Jana Semua Ekonomi Negara

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda ketahui beberapa subsidi penjagaan anak yang disediakan oleh kerajaan melalui pelan PENJANA.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus layari ke pautan berikut:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma