Status SPA9 “Tidak Melepasi Tapisan Semasa”, Perlu Ke Calon Berhenti Mohon Jawatan Tersebut?

Jika anda sudah berjaya mohon kerja dalam Sektor Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), anda wajib tahu apa maksud di sebalik status-status permohonan semasa yang dipaparkan di laman semakan status anda.

Ramai juga calon yang merungut tidak melepasi syarat dan status permohonan di sistem SPA9 menyatakan “Tidak melepasi tapisan semasa yang ditetapkan oleh kementerian/jabatan“. Untuk pengetahuan anda, sistem pengambilan akan dipilih berdasarkan kelayakan calon dan juga kekosongan yang ditawarkan.

Bila status permohonan jawatan di SPA9 menyatakan bahawa anda tidak melepas tapisan, perlu ke anda berhenti mohon jawatan tersebut?

MAKSUD STATUS “TIDAK MELEPASI TAPISAN SEMASA”

Status “Tidak Melepasi Tapisan Semasa” bermakna permohonan anda tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kementerian atau jabatan yang anda mohon. Syarat-syarat ini boleh melibatkan beberapa aspek, seperti:

  • Bidang pengkhususan: Adakah bidang pengajian anda sesuai dengan jawatan yang dipohon?
  • Keputusan peperiksaan (CGPA): Adakah CGPA anda melepasi tahap yang ditetapkan?
  • Lokaliti: Adakah anda tinggal di kawasan yang menjadi keutamaan untuk pengambilan jawatan tersebut?
  • Mata pelajaran: Adakah anda telah mengambil mata pelajaran yang diperlukan?
  • Lain-lain syarat khusus: Adakah anda memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan oleh jabatan tertentu?

Untuk membantu anda memahami bagaimana proses tapisan ini berlaku, baca penerangan di bawah yang menggambarkan perjalanan permohonan dalam SPA9.

PERLU KE CALON BERHENTI MOHON JAWATAN YANG TIDAK MELEPASI TAPISAN?

Bila status SPA9 dah paparkan ” tidak melepasi tapisan semasa” calon perlu berhenti berharap ke?

Jawatan Sesuai Dengan Kelayakan, Tetapi Tidak Melepasi Lokaliti

Sekiranya jawatan yang dimohon itu betul-betul sesuai dengan kelayakan anda, anda boleh sahaja teruskan memohon jawatan tersebut kerana anda mungkin tidak melepasi tapisan lokaliti.

Contohnya jika kementerian tersebut buka permohonan bagi penempatan di Sabah, tetapi anda merupakan calon dari semenanjung, anda mungkin tidak melepasi tapisan semasa kerana lebih ramai calon dari Sabah yang mohon jawatan tersebut. Kementerian akan memberi keutamaan kepada calon yang menetap berdekatan dengan negeri yang ditawarkan.

Jika sesuatu kementerian tersebut buka permohonan bagi penempatan di Semenanjung dan anda memenuhi syarat kelayakan bagi jawatan tersebut, anda mungkin akan melepasi tapisan semasa dan berpeluang untuk dipanggil duduki peperiksaan.

Jawatan Sesuai Dengan Kelayakan, Tetapi Ramai Calon Lain Yang Lebih Layak

Setelah melepasi syarat bidang pengkhususan, calon akan dinilai dari segi CGPA. Setiap pusat temuduga SPA ada unjuran tersendiri untuk calon dipanggil temuduga. Katakan selepas tapisan dilakukan dari 40 ribu permohonan dikemukakan hanya 10 ribu yang melepasi tapisan pengkhususan bidang sebelum penilaian CGPA dilakukan.

Jika penilaian CGPA anda tidak lepas, penilaian ketiga tidak akan dilakukan. Sebab itulah CGPA adalah penting untuk pelajar score semasa belajar.

Bila Calon Perlu Berhenti Mohon?

Calon PERLU BERHENTI MOHON jawatan tersebut sekiranya jawatan yang dipohon itu TIDAK SESUAI dengan kelayakan bidang anda dan anda tidak memenuhi kelayakan jawatan! Pastikan anda semak dahulu syarat sesuatu jawatan tersebut sebelum buat permohonan.

Perkara utama yang akan dilihat dari calon yang mohon adalah bidang pengajian. Jika bidang pengajian jauh dengan syarat kekosongan jawatan, SPA serta merta akan tolak permohonan walaupun CGPA tinggi. Selepas lihat bidang, baru lihat CGPA. Contohnya seperti berikut:

  • Calon A: Graduan Kejuruteraan dari UTHO. CGPA 2.92
  • Calon B: Graduan Sains Sukar dari UTM. CGPA 3.82
  • Calon C: Graduan Pendidikan UPSI. CGPA 3.74
  • Calon D: Graduan Ekonomi Unimas. CGPA 3.00

Jika keempat-empat calon ini memohon jawatan Pegawai Jurutera, Calon A akan dinilai ke peringkat seterusnya manakala Calon B, C dan D akan ditolak awal-awal walaupun CGPA agak tinggi. Jadi pastikan anda mohon jawatan yang bersesuaian dengan bidang pengajian.

Tips untuk Meningkatkan Peluang Anda

  1. Pastikan Kelulusan Anda Sesuai: Sentiasa periksa syarat-syarat kelayakan sebelum memohon. Mohon hanya jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik dan pengalaman anda.
  2. Fokus pada Lokaliti yang Sesuai: Pertimbangkan untuk memohon di kawasan yang anda berada atau kawasan yang memberi keutamaan kepada calon dari lokaliti anda.
  3. Tingkatkan CGPA: Jika anda masih dalam tempoh pengajian, usahakan untuk meningkatkan CGPA anda. Ini akan memberikan kelebihan dalam tapisan SPA9.
  4. Sertai Kursus Tambahan: Kursus tambahan atau sijil yang relevan boleh menjadi nilai tambah dalam permohonan anda.

Dalam dunia persaingan kerja yang ketat, penting untuk memahami bagaimana sistem tapisan SPA9 berfungsi dan membuat keputusan yang bijak berdasarkan status permohonan anda. Pastikan anda memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda, dan jangan putus asa jika anda tidak melepasi tapisan kali ini. Gunakan peluang ini untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan peluang anda pada masa akan datang.

Jangan lupa untuk berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda yang juga sedang memohon kerja melalui SPA9! Semoga berjaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma