Calon Bujang Atau Yang Dah Berkahwin Lagi Mudah Dapat Kerja Kerajaan? Baca Penjelasan Ini
Kita sering mendengar bahwa calon wanita yang telah berkahwin memang sukar mendapat tempat di sektor awam. Memang sering juga anggapan-anggapan seperti ini wujud dalam diri calon hasil daripada cerita-cerita khabar angin oleh rakan-rakan mereka.
Ada juga yang cakap calon bujang lebih berpeluang untuk dapat penempatan kerja kerajaan kerana beranggapan kurang komitmen hidup yang akan memudahkan mereka buat kerja nanti. Betul ke?
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui penjelasan mengenai spekulasi calon bujang lebih mudah dapat kerja berbanding calon berkahwin.
CALON BUJANG ATAU BERKAHWIN MUDAH DAPAT KERJA?
Betul ke calon bujang lebih mudah dapat kerja kerajaan?
Bertul ke calon yang telah berkahwin terutama wanita memang sukar mendapat tempat di sektor awam?
INI TIDAK BENAR SAMA SEKALI! Tapi, memang sering juga anggapan-anggapan seperti ini wujud dalam diri calon hasil daripada cerita-cerita khabar angin oleh rakan-rakan mereka.
Menurut pemerhatian daripada calon-calon yang berjaya mendapat lantikan dalam sektor kerajaan, sebenarnya TIADA MASALAH pun dengan status perkahwinan.
Status perkahwinan TIDAK MENGHALANG dari seseorang calon untuk mendapatkan kerja di sektor awam. Sudah terbukti ramai kakitangan awam dari golongan wanita yang telah berkahwin berjaya memasuki sektor awam.
Jadi anda tidak perlu risau, tiada diskriminasi dalam pemilihan calon. Calon yang mengandung juga tidak perlu risau susah dapat kerja kerajaan kerana anda tidak terkecuali ya. Anda hanya perlu buat yang terbaik dalam temuduga, pasti akan dipilih untuk dapat lantikan.
Biasanya dalam temuduga sektor swasta panel akan menilai juga status perkahwinan calon. Namun jika anda memenuhi kriteria yang mereka cari, status perkahwinan tidak akan menjadi penghalang pun.
Semoga bermanfaat!