Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Semakan Status Pembayaran Bantuan Tunai B40 2023

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik. Perdana Menteri telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang berkelayakan boleh semak status pembayaran secara atas talian di Portal Rasmi STR.

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat pada:

  • mulai 17 Januari 2023 (Selasa)

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Semak kadar bayaran STR setiap kategori di bawah:

KADAR BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan:

Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat makluman terbaru daripada kerajaan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma