SPiM PENJANA: Permohonan Skim Pembiayaan Mudah Jaya, Pembiayaan Usahawan Sehingga RM1 Juta
SPiM PENJANA ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan membantu usahawan Bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali sektor pertanian dan penternakan yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19. Kemudahan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.
Kemudahan ini adalah berbentuk bantuan pembiayaan perniagaan bagi modal kerja atau belanja mengurus sahaja.
Bagi usahawan yang berhasrat untuk mendapatkan pembiayaan boleh semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
INDUSTRI YANG DIBERI KEUTAMAAN
Industri yang diberikan keutamaan untuk layak menerima pembiayaan adalah seperti berikut:
- Perkhidmatan (Kolej Latihan/Institut Kemahiran adalah diberi keutamaan)(Servicing Industry)
- Gaya hidup (Life Style Industry)
- Makanan dan Minuman (F&B Industry)
- Pembinaan (Construction Industry)
- Automotif (Automotive Industry)
TUJUAN PEMBIAYAAN
Tujuan pembiayaan adalah untuk membantu usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 untuk menampung modal kerja seperti berikut :
- Kos operasi
- Gaji pekerja,
- Sewa premis,
- Utiliti,
- Lain-lain perbelanjaan mengurus.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan untuk permohonan pembiayaan SPiM:
- Syarikat berstatus Sdn Bhd bertaraf Bumiputera,
- Semua ahli lembaga pengarah mestilah berumur tidak melebihi 65 tahun,
- Melepasi tapisan Carian Kredit,
- Mempunyai pengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi,
- Beroperasi 12 bulan ke atas atau telah mengikuti program pembangunan usahawan secara intensif anjuran MARA bagi perniagaan yang beroperasi kurang daripada 12 bulan,
- Bebas daripada senarai hitam MARA,
- Perniagaan Patuh Syariah, dan
- Mengambil perlindungan Takaful yang telah ditetapkan oleh MARA.
CAGARAN TANAH / JAMINAN
Berikut adalah cagaran yang diperlukan:
- Nilai Paksa Jualan Tanah Forced Sale Value sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah permohonan pembiayaan
- Seorang penjamin atau lebih berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah permohonan pembiayaan
- Simpanan tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang
berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan; - Gabungan cagaran tanah dan penjamin
KADAR PEMBIAYAAN
Had pembiayaan bermula RM500 ribu sehingga RM1 juta dengan kadar keuntungan 3.5% setahun. Ansuran bayaran balik pembiayaan akan bermula pada bulan ketujuh (7) (grace period 6 months) selepas pengeluaran wang pembiayaan kepada usahawan oleh MARA.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen asas yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Laporan kewangan tahunan beraudit bagi perniagaan yang melebihi 12 bulan ke atas. Bagi syarikat yang tidak mempunyai laporan kewangan tahunan beraudit atas sebab-sebab tertentu maka diperlukan management account yang telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat;
- Dokumen pengenalan diri dan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
CARA MEMOHON
Permohonan pembiayaan boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pautan berikut:
Proses permohonan akan mengambil masa selama 14 hari bermula daripada permohonan lengkap sehingga lulus.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) anda boleh hubungi talian +6011 1099 0002 atau +603 2785 9800. Anda juga boleh emel ke spimpenjana@pmbtjari.com.my atau terus ke laman web rasmi MARA.