SOP Sukan Dan Rekreasi Dalam Tempoh Lockdown (Joging, Bersenam, Berbasikal)

“Kita masih belum menang”. Itulah ungkapan yang sering keluar dari Perdana Menteri kita. Sebagai rakyat Malaysia, adalah tanggungjawab kita untuk turuti segala perintah yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi membantu mengurangkan penularan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa di negara kita.

Kerajaan telah mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi mulai 1 Jun 2021. Orang ramai juga dinasihatkan untuk kekal berada di rumah jika tiada urusan penting di luar seperti membeli barang keperluan asas.

Namun, bagi kesihatan dan kecergasan mesti perlu kekal dijaga. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui SOP sukan dan rekreasi sepanjang tempoh lockdown.

SOP SUKAN DAN REKREASI

Berikut adakah SOP Sukan dan Rekreasi bermula 1 Jun 2021 yang telah ditetapkan:

  • Aktiviti yang dibenarkan hanya TERHAD kepada JOGING dan SENAMAN secara INDIVIDU tanpa bersentuhan fizikal di kawasan terbuka
  • Dilakukan di kawasan kejiranan (dalam lingkungan 10km dari kediaman bermula jam 7 pagi hingga 8 malam.
  • Aktiviti senaman yang dibenarkan adalah bersifat kecergasan kendiri dan setempat seperti regangan, kelenturan, lompat tali, lompat bintang, larian setempat dan lain-lain yang bersesuaian
  • Mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter ketika melakukan aktiviti joging dan senaman

Baca: Cara ketahui radius 10km dari tempat kediaman anda

AKTIVITI BERBASIKAL

Soalan famous: Saya ingin berbasikal semasa PKP Penuh fasa 1, adakah dibenarkan?

Jawapan:

Untuk makluman anda, aktiviti berbasikal adalah TIDAK DIBENARKAN.

Aktiviti yang dibenarkan hanya TERHAD kepada joging dan senaman secara individu tanpa bersentuhan fizikal di kawasan terbuka.

SOP Sukan Dan Rekreasi Dalam Tempoh Lockdown (Joging, Bersenam, Berbasikal)

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma