SOP Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021 Di Kawasan PKP, PKPB, PKPP & PKPD
Tidak lama lagi kita akan menyambut hari yang berbahagia, iaitu Hari Raya Aidilfitri yang di sambut sekali sahaja dalam setahun. Namun sambutan Hari Raya tahun ini agak berbeza dari tahun sebelum-sebelum ini memandangkan orang ramai tidak dibenarkan untuk merentas negeri pulang ke kampung halaman masing-masing.
Larangan ini adalah demi menjaga keselamatan dan kesihatan orang ramai serta bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia masih berpeluang untuk menyambut Hari Raya, tetapi mengikut SOP yang ditetapkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui SOP sambutan Hari Raya tahun 2021 yang telah ditetapkan.
Isi Kandungan
SOP SAMBUTAN HARI RAYA 2021
Takbir Raya Di Masjid/Surau
- Kawasan PKP, PKPB & PKPP – DIBENARKAN mengikut ketetapan Pihak berkuasa Agama Negeri
- Kawasan PKPD adalah TIDAK DIBENARKAN
Amalan takbir dari rumah ke rumah adalah TIDAK DIBENARKAN di semua kawasan.
Solat Sunat Hari Raya Di Masjid/ Surau
- Kawasan PKP, PKPB & PKPP – DIBENARKAN dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri
- Kawasan PKPD – TIDAK DIBENARKAN
Jamuan selepas Solat Hari Raya di masjid/Surau, rumah terbuka hari raya, ziarah tanah perkuburan adalah TIDAK DIBENARKAN di kawasan PKP dan PKPD.
Bagi kawasan PKPB dan PKPP, jamuan selepas solat Hari Raya di masjid dan surau DIBENARKAN tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri. Jawatankuasa Masjid/Surau digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.
Ziarah Hari Raya
- Kawasan PKP
– DIBENARKAN pada 1 SYAWAL SAHAJA
– Kehadiran tetamu adalah tidak melebihi 15 orang - Kawasan PKPB
– DIBENARKAN pada 1 sehingga 3 SYAWAL SAHAJA
– Kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang - Kawasan PKPP
– DIBENARKAN 1 sehingga 3 SYAWAL SAHAJA
– Kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang - Kawasan PKPD
– DIBENARKAN dalam kalangan ahli keluarga daripada rumah yang sama sahaja
– TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk keluar dari rumah
– TIDAK DIBENARKAN melakukan amalan kunjung mengunjung
Ziarah Tanah Kubur
- Kawasan PKPB & PKPP – DIBENARKAN tidak melebihi 6 orang bagi satu lot/petak kubur serta tidak lebih 30 minit
- Kawasan PKP dan PKPD adalah TIDAK DIBENARKAN
Penganjuran sebarang majlis atau rumah terbuka hari raya bagi semua kawasan adalah TIDAK DIBENARKAN.