SOP Sambutan Hari Krismas Bagi Kawasan PKPP & PKPB
Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal ialah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian yang disambut setiap tahun pada tarikh 25 Disember. Kini sudah hampir tiba pengakhiran tahun 2020 dan Hari Krismas pada esok hari.
Sambutan Hari Krismas tahun ini mungkin akan berbeza memandangkan penularan wabak Covid-19 masih berleluasa dan pelaksanaan PKPP dan PKPB kini masih berlangsung.
Sebagai peringatan kepada semua orang, berikut adalah SOP sambutan Hari Krismas tahun ini.
Isi Kandungan
UPACARA SEMBAHYANG
Had bilangan orang di sesebuah Rumah Ibadat untuk Upacara Sembahyang adalah seperti berikut:
- Minor Basilica: 300 orang
- Cathedral: 300 orang
- Gereja:
– Lebih 25,000 kps: 300 orang
– 15,000 – 25,000 kps: 250 orang
– Kurang 15,000: 200 orang - Chapel: 150 orang
kps: kaki persegi
LANGKAH PENCEGAHAN
Sebelum Upacara
- Dilarang berkumpul/ berhimpun di luar Rumah Ibadat
- Penganut yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, sesak nafas dan selesema tidak dibenarkan hadir
- Warga emas & kanak-kanak tidak digalakkan hadir
Semasa Upacara
- Berada di tempat yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Rumah Ibadat
- Dilarang berkumpul, jaga penjarakan fizikal 1 meter & memakai pelitup muka sepanjang masa
- Tidak bersalaman/ bersentuhan
Selepas Upacara
- Terus bersurai selesai melaksanakan upacara keagamaan melalui pintu keluar yang telah ditetapkan dengan tertib
- Dilarang berkumpul / berhimpun
JADUAL WAKTU SEMBAHYANG
Jadual waktu sembahyang di rumah ibadat adalah seperti berikut:
Chrismas Eve:
- Tarikh: 24 Disember 2020
- Masa: 5 petang hingga 9.30 malam (2 sesi sahaja)
Hari Krismas:
- Tarikh: 25 Disember 2020
- Masa: 7 pagi hingga 1.45 petang (3 sesi sahaja)
KAWASAN PKPD
Buat kawasan PKPD:
- Upacara sembahyang di rumah adalah TIDAK DIBENARKAN
- Aktiviti ziarah TIDAK DIBENARKAN
- Aktiviti Perniagaan TIDAK DIBENARKAN
Hanya sambutan seisi keluarga dalam rumah yang sama sahaja DIBENARKAN. Untuk maklumat lanjut berkenaan SOP, anda boleh rujuk di laman MKN.